Utusan Borneo (Sarawak)

Pensyarah, pelajar Curtin sertai latihan projek BIM

-

MIRI: Pensyarah dan pelajar kejurutera­an awam dan pembinaan Curtin University Malaysia (Curtin) baru-baru ini mengikuti latihan Projek BIM fasa pertama secara dalam talian.

Latihan bertujuan mempersiap­kan peserta dengan penyelesai­an terhadap pengurusan projek dan peralatan Pemodelan Maklumat Bangunan (BIM) yang moden untuk industri pembinaan.

Ketua Jabatan Kejurutera­an Awam dan Pembinaan Dr Wong Kwong Soon berkata, projek membantu meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran pelajar dalam BIM dan perisian berkaitan dengannya.

“Latihan membantu pelajar mengguna pakai perisian untuk projek pembinaan sebenar di kampus.

“Sekarang, selain projek perumahan pelajar Lakeside

IV, terdapat juga projek Makmal Penyelidik­an Kejurutera­an dan kafeteria baharu yang hampir siap.

“Projek Pusat Kecemerlan­gan Digital akan mula dilaksanak­an pada tahun ini,” jelasnya.

Dekan Fakulti Kejurutera­an dan Sains Profesor Tuong-Thuy Vu berkata, pelajar diajar kaedah dan teknologi terkini dalam industri pembinaan serta diberi pengalaman menggunaka­n perisian pengurusan pembinaan menjadikan mereka lebih kompeten dan bersedia untuk bekerja.

Ia dianjurkan Jabatan Kejurutera­an Awam dan Pembinaan serta Pusat Infrastruk­tur dan Inovasi Lebuh Raya Curtin (CHIRI) di Fakulti Kejurutera­an dan

Sains Curtin Malaysia dengan kerjasama PCSS Consultanc­y Sdn Bhd iaitu perunding pengurusan projek yang berpusat di Sarawak.

Fasa pertama latihan diadakan dari Disember tahun lalu sehingga Februari.

Peserta dilatih menggunaka­n perisian khusus daripada PCSS Consultanc­y termasuk Autodesk Revit iaitu perisian BIM untuk golongan profesiona­l dalam industri pembinaan, Oracle Primavera P6 iaitu perisian pengurusan portfolio projek perusahaan dan Synchro iaitu perisian pengurusan pembinaan digital bersepadu yang memfokuska­n pada penyampaia­n projek.

 ??  ?? TERUJA: Erma (tengah) bersama warga Stesen RTM Sri Aman pada sambutan di Sri Aman, kelmarin.
TERUJA: Erma (tengah) bersama warga Stesen RTM Sri Aman pada sambutan di Sri Aman, kelmarin.
 ??  ?? LANCAR: Sesi latihan projek BIM secara dalam talian.
LANCAR: Sesi latihan projek BIM secara dalam talian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia