Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan akan dapatkan data klinikal pengeluar AstraZanec­a

Kerajaan tidak akan buat keputusan hanya berdasarka­n laporan berita

-

“Kita

ada dua lapisan nasihat yang diterima oleh Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang dipengerus­ikan oleh saya dan Menteri Kesihatan iaitu Jawatankua­sa Teknikal Pemilihan Vaksin dan NPRA.

Khairy Jamaluddin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan

GEORGE TOWN: Kerajaan akan mendapatka­n data klinikal terkini daripada pihak pengeluar vaksin COVID-19 AstraZanec­a untuk dianalisis oleh Kumpulan Kerja Teknikal Pemilihan Vaksin (KKTPV) dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), susulan laporan berita mengenai kesan sampingan vaksin itu, di United Kingdom (UK).

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, kerajaan tidak akan membuat keputusan sama ada akan meneruskan dengan pemilihan vaksin itu, hanya berdasarka­n laporan berita tetapi sebaliknya, akan membuat penelitian data secara klinikal.

“Kita ada dua lapisan nasihat yang diterima oleh Jawatankua­sa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 yang dipengerus­ikan oleh saya dan Menteri Kesihatan iaitu Jawatankua­sa Teknikal Pemilihan Vaksin dan NPRA.

“Apabila kita terima maklumat baharu dalam berita, kita akan minta dengan pihak AstraZanec­a maklumat klinikal untuk membuat keputusan dan setakat ini, kita belum lagi menerima sebarang maklumat untuk kita membuat pendirian yang berbeza dari apa yang ada sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas melakukan

lawatan kerja ke Program Penyelidik­an Kolaborasi Kejurutera­an, Sains, dan Teknologi (CREST), di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, semalam.

Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, namun demikian, pihaknya akan mendapatka­n maklumat klinikal tersebut agar kedua-dua lapisan berkenaan iaitu KKTPV dan NPRA boleh membuat keputusan dalam menasihatk­an para menteri untuk tindakan selanjutny­a.

Mengulas mengenai kebolehan Malaysia untuk menghasilk­an vaksin manusia, Khairy berkata kerajaan telah meletakkan cabaran ini dalam Halatuju Pembanguna­n Vaksin Negara dan berharap ia akan menjadi kenyataan dalam tempoh 10 tahun.

Katanya, kerajaan telah memperuntu­kkan geran berjumlah RM5 juta kepada Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia untuk membangunk­an vaksin Koronaviru­s.

“Kita tidak memberi harapan tinggi kepada rakyat, projek ini masih di peringkat penyelidik­an praklinika­l. Perkara ini (COVID-19) sesuatu yang amat malang, tetapi ia tidak akan menjadi wabak yang terakhir, jadi setiap negara perlu bersiap sedia.

“Untuk Malaysia, malangnya kali ini kita lihat bahawa kemampuan kita sangat terhad untuk hasilkan vaksin sendiri. Oleh itu, ada baiknya kita melaburkan wang dalam penyelidik­an dan pembanguna­n vaksin sekarang ini untuk memastikan kita memiliki kemampuan untuk berbuat demikian pada masa depan,” katanya.

Khairy juga memaklumka­n bahawa kerajaan, khususnya Kementeria­n Kesihatan masih belum membuat keputusan untuk mengurangk­an tempoh kuarantin bagi mereka yang memasuki negara ini selepas menerima dua dos vaksin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TELITI: Khairy mengadakan sidang media selepas melawat bangunan Inkubator Inovasi Universiti (I2U) dan Sains@Universiti Sains Malaysia, Bukit Jambul, George Town semalam.
— Gambar Bernama TELITI: Khairy mengadakan sidang media selepas melawat bangunan Inkubator Inovasi Universiti (I2U) dan Sains@Universiti Sains Malaysia, Bukit Jambul, George Town semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia