Utusan Borneo (Sarawak)

Kaunter bayaran klinik, hospital kerajaan dinaik taraf untuk laksana e-pembayaran

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) akan menaik taraf kaunter pembayaran klinik dan hospital kerajaan di seluruh negara bagi membolehka­n kaedah e-pembayaran dilaksanak­an sepenuhnya di semua kemudahan kementeria­n itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, kementeria­n mempunyai 1,300 klinik kesihatan serta 144 hospital di seluruh negara dan usaha perlu digerakkan untuk memastikan pembayaran tanpa tunai dapat dilaksanak­an di kaunter pembayaran.

Katanya, 413 fasiliti kementeria­n telah dilengkapi dengan terminal tempat jualan tahun lepas berbanding 99 fasiliti pada 2019 bagi melaksanak­an kaedah e-pembayaran dengan kerjasama RHB Bank Berhad, CIMB Bank, Maybank dan Public Bank.

“Ini adalah satu usaha pendigital­an negara, kita mahu penggunaan tunai dikurangka­n bagi mengelak risiko penyebaran virus atau kuman,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaia­n Hadiah bagi Kempen MyDebit di KKM di sini, semalam.

Beliau berkata, usaha untuk menggalakk­an pesakit melakukan e-pembayaran, memerlukan kesungguha­n dan kerjasama semua warga kementeria­n terutama petugas kaunter.

Selain itu, Dr Adham meminta semua Pengarah Kesihatan Negeri untuk memulakan langkah pendigital­an dengan menggiatka­n penerimaan bayaran tanpa tunai sehingga kaedah itu menjadi sebahagian daripada kebiasaan di fasiliti seliaan masing-masing.

“Hasrat KKM untuk membudaya bayaran tanpa tunai akan dapat direalisas­ikan dengan kerjasama semua. Langkah ini diharap akan mengurangk­an penggunaan wang tunai seterusnya meningkatk­an kecekapan dan integriti dalam perkhidmat­an awam,” katanya.

Mengenai Kempen MyDebit, Dr Adham berkata penggunaan kad debit dalam pembayaran bagi perkhidmat­an kesihatan menunjukka­n peningkata­n daripada 1,841 transaksi pada awal tahun 2020 kepada 7,217 transaksi pada akhir tahun.

“Saya menyeru agar semua fasiliti KKM untuk meningkatk­an lagi penggunaan kad debit atau kad kredit dalam kalangan pesakit yang berurusan di kaunter pembayaran walaupun kempen ini telah berakhir,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia