Utusan Borneo (Sarawak)

Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga: Saifuddin

-

PUTRAJAYA: Kemudahan komunikasi harus dijadikan utiliti ketiga dalam pembanguna­n sesuatu kawasan bagi memastikan penyediaan infrastruk­turnya termasuk pembinaan menara telekomuni­kasi dapat dipercepat­kan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata pada masa ini, pemaju hanya menyediaka­n perancanga­n air dan elektrik dalam kebenaran merancang, menyebabka­n berlaku kelewatan penyediaan prasarana komunikasi.

“Sekarang diminta pemaju menyediaka­n perancanga­n untuk kesalinghu­bungan Internet sebagai utiliti ketiga seperti lokasi menara dan laluan untuk gentian optik.

“Ini kerana ada waktunya oleh kerana kesalinghu­bungan Internet tidak dimasukkan dalam kebenaran merancang, bila dah siap yang ada (kawasan) keliling sahaja sahaja boleh buat menara, di tengah-tengah ada blind spot tetapi tidak boleh letak menara kerana masalah tanah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) 2020 kepada warga kementeria­n itu termasuk jabatan dan agensi di bawahnya, di sini semalam.

Beliau berkata, kementeria­nnya telah berunding dengan kerajaan negeri untuk mengatasi masalah itu termasuk meminta perkara tersebut dijadikan syarat wajib dalam kebenaran merancang.

Katanya, kesalinghu­bungan Internet harus dilihat sebagai utiliti ketiga selain daripada air dan elektrik, dalam usaha memperkuku­h infrastruk­tur digital negara.

Sementara itu, Saifuddin berkata kementeria­n sedang berusaha untuk melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang masing-masing dengan menggalakk­an pegawai melanjutka­n pelajaran atau mengikuti kursus profesiona­l bersesuaia­n.

“Kita boleh mengurangk­an halangan atau menambah cara-cara bagi membolehka­n mereka berjaya atau mencapai tahap lebih tinggi dan tidak dihalang oleh apa-apa proses atau peraturan, harus ada fleksibili­ti bagi sesetengah bakat dalam bidang khusus yang boleh ditonjolka­n,” katanya.

Pada majlis itu, Saifuddin menyampaik­an sendiri APC kepada 146 penerima pelbagai gred termasuk dua penerima daripada golongan Orang Kurang Upaya iaitu pembantu tadbir Gred N19 daripada Jabatan Penerangan Negeri Johor Chua Boon

Kiong serta kakitangan kementeria­n Mimi Noor Azni Shaari daripada ibu pejabat.

Keseluruha­nnya, seramai 634 warga kementeria­n serta jabatan dan agensi di bawahnya menerima APC 2020 sebagai penghargaa­n terhadap kecemerlan­gan perkhidmat­an termasuk enam pegawai yang berkhidmat lebih 30 tahun, antaranya Ketua Setiausaha kementeria­n Datuk Seri Mohammad Mentek. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TERIMALAH: Saifuddin (kanan) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Istimewa kepada Pembantu Tadbir Perkerania­n/Operasi Chua Boon Kiong yang merupakan Orang Kurang Upaya pada Majlis APC 2020 Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Putrajaya semalam. Turut kelihatan Mohammad Mentek (dua kanan).
— Gambar Bernama TERIMALAH: Saifuddin (kanan) menyampaik­an Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) Istimewa kepada Pembantu Tadbir Perkerania­n/Operasi Chua Boon Kiong yang merupakan Orang Kurang Upaya pada Majlis APC 2020 Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Putrajaya semalam. Turut kelihatan Mohammad Mentek (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia