Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia Airlines Enrich umum kempen Bank Conversion

-

KUCHING: Program kesetiaan syarikat penerbanga­n premium Malaysia Airlines Enrich semalam mengumumka­n kempen Bank Conversion untuk anggotanya memperoleh Bonus Enrich Points dengan menukar mata bank (bank points) mereka bermula dari 1 hingga 30 April 2021.

Menurut kenyataann­ya semalam, ahli Enrich berhak mendapat 25 peratus Bonus Enrich Points tambahan untuk penukaran mata dari 1 hingga 3 April 2021 dan 10 peratus Bonus Mata untuk penukaran yang dibuat kemudian iaitu dari 4 hingga 30 April 2021.

Pelancaran ini katanya, bertepatan dengan Program Kesetiaan New Enrich yang kini menyediaka­n model lebih telus dan dipermudah­kan sebagai tindak balas kepada permintaan daripada para ahli.

Berkuat kuasa semalam, Enrich Miles akan dikenali sebagai ‘Enrich Points’, ujarnya.

Ketua Kumpulan Pengalaman Pelanggan dan Pegawai Pemasaran, Malaysia Airlines Lau Yin May berkata pihaknya berbesar hati melancarka­n kempen yang merupakan salah satu cara terpantas bagi ahlinya mengumpulk­an Enrich Points.

“Pengumpula­n mata ini boleh dibuat melalui penukaran mata bank pelanggan daripada perbelanja­an seharian mereka menggunaka­n kad debit atau kredit terpilih.

“Promosi ini adalah cara kami berinterak­si dengan pelanggan untuk meningkatk­an Enrich Points mereka terutamany­a ketika penerbanga­n terhad pada masa ini,” katanya.

Tambah beliau, pihaknya sentiasa mencari kaedah terbaik dan lebih meluas dalam memberi ganjaran kepada pelanggan dan ahli setia.

“Sehubungan itu, kami sangat berbesar hati mengumumka­n pelancaran Enrich Redemption Fiesta yang akan bermula pada 10 April 2021.

“Dengan tawaran menarik dan tawaran penebusan besar seperti 8,000 Mata untuk RM100 Senheng atau e-Voucher Optimax, 4,000 Mata untuk e-Voucher Shopee RM50, 3,500 Mata untuk e-baucar Photobook RM90, fiesta ini bertujuan memberi lebih banyak pilihan kepada ahli berhubung produk dan perkhidmat­an yang ditawarkan oleh rakan kongsi kami serta fleksibili­ti untuk menebus Enrich Points mereka secara dalam talian,” jelas beliau lagi.

Kempen ini menyaksika­n kerjasama antara Enrich oleh Malaysia Airlines dan 14 bank tempatan, selain selari dengan pelancaran Enrich Redemption Fiesta bermula dari 10 April hingga 31 Mei 2021.

Dengan 16 rakan penebusan yang mengambil bahagian dalam pelbagai kategori seperti membeli-belah, menjamu selera, kecantikan, kesihatan dan kesejahter­aan, hadiah, elektronik, program kesetiaan dan ganjaran dan badan amal yang lain, ahli dapat memperoleh tawaran terbaik dari 600 Enrich Points melalui portal dalam talian Enrich www.enrich. malaysiaai­rlines.com.

Untuk menukar mata wang debit atau kad kredit anda menjadi Enrich Points, ahli Enrich hanya perlu meminta penukaran ke Enrich Points di laman web bank atau menghubung­i pusat panggilan bank masing-masing.

Bonus Enrich Points yang diperoleh ini sah selama tiga tahun dan boleh ditebus untuk perjalanan masa depan serta keistimewa­an gaya hidup eksklusif yang lain.

 ??  ?? KEMPEN: Enrich by Malaysia Airlines menawarkan mata bonus untuk ahli yang menukar mata bank ke Enrich Points.
KEMPEN: Enrich by Malaysia Airlines menawarkan mata bonus untuk ahli yang menukar mata bank ke Enrich Points.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia