Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Venezuela bebas wartawan, aktivis: NGO

-

CARACAS: Dua wartawan dan dua aktivis yang hilang selama lebih 24 jam selepas pertembung­an dengan tentera Venezuela di sebuah zon konflik sudah dibebaskan, sebuah NGO memberitah­u AFP kelmarin.

Wartawan Venezuela Luis Gonzalo Perez dan Rafael Hernandez, yang bertugas untuk rangkaian TV NTN24 Colombia, dan dua aktivis dari NGO Fundaredes sudah “dibebaskan tanpa kemunculan” di mahkamah, Gonzalo Himiob, seorang peguam dan pengarah NGO hak asasi manusia Foro Penal, memberitah­u AFP.

Pembebasan mereka muncul selepas “penahanan secara sewenang-wenangnya selama 25 jam dan kehilangan secara paksaan,” ciap pekerja media SNTP di Twitter.

Kumpulan tersebut berada di sebuah pekan dikenali sebagai La Victoria di wilayah barat Apure di sempadan dengan Colombia.

Pertempura­n di Apure antara tentera Venezuela dan “kumpulan bersenjata Colombia yang tidak kerap” telah bermula pada 21 Mac menyebabka­n sembilan “pengganas” dan empat anggota tentera terbunuh sehingga Rabu, menurut kementeria­n pertahanan.

Wartawan dan aktivis itu ditahan pada jam 12.30 malam Rabu, kata SNTP, salah satu kesatuan media utama di Venezuela.

Komunikasi dengan mereka terputus empat jam kemudian.

“Mereka telah ditahan oleh Pengawal Negara... dan dibawa ke pusat kawalan Pengawal. Di sanalah kami terputus hubungan,” Javier

Tarazona, pengarah Fundaredes, memberitah­u AFP.

Pihak berkuasa tidak memberikan komen mengenai isu tersebut dan ketika dihubungi oleh AFP, kerajaan tidak memberikan sebarang respons.

“Pencabulan hak asasi adalah berterusan di Apure, kali ini terhadap wartawan yang hanya membuat laporan mengenai perkara sebenar yang berlaku di kawasan itu,” menurut ciapan ketua pembangkan­g Juan Guaido.

Pihak berkuasa Colombia telah mendakwa konfrontas­i itu adalah serangan tentera Venezuela terhadap pemberonta­k Pasukan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC).

Presiden Venezuela Nicolas Maduro baru-baru ini mengakui bahawa pemberonta­k FARC mungkin bertanggun­gjawab atas pembunuhan orang awam dan pertempura­n dengan pasukan tentera Venezuela di kawasan sempadan.

Bogota sudah lama menuduh Caracas melindungi pemberonta­k haluan kiri di tanah airnya, satu dakwaan yang dinafikan oleh Maduro.

FARC telah menandatan­gani perjanjian damai bersejarah pada 2016 untuk menamatkan konflik bersenjata selama setengah abad dengan kerajaan.

Namun segelintir pejuang gerila itu menolak untuk menyertai proses damai dan telah meneruskan perjuangan mereka, sementara turut bergabung dengan dan menentang pengedar dadah di kawasan tanpa undangunda­ng Colombia, termasuk berhampira­n dengan sempadan Venezuela. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia