Utusan Borneo (Sarawak)

UNICEF gesa negara kaya kongsi vaksin menerusi kemudahan COVAX

-

WASHINGTON: Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyeru negaranega­ra kaya menghentik­an amalan “nasionalis­me vaksin” sebaliknya berkongsi vaksin COVID-19 melalui kemudahan COVAX, lapor Sputnik.

Pengarah Wilayah Timur Tengah dan Afrika Utara, Ted Chaiban berkata penting untuk menangani isu agihan vaksin secara menyeluruh kerana melindungi negara berpendapa­tan tinggi sahaja tidak akan mengembali­kan keadaan kepada normal.

“Kami mendesak negaranega­ra kaya agar pertimbang untuk berkongsi dos mereka dengan seluruh dunia melalui kemudahan COVAX.

“Kami meminta sektor swasta tampil dan bekerjasam­a dengan COVAX untuk membantu meningkatk­an penghantar­an dan pengedaran vaksin yang adil,” katanya pada sidang media EMRO Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),kelmarin.

UNICEF juga menyeru pengeluar vaksin untuk melesenkan, melakukan sub-kontrak dan berkongsi teknologi dan pengetahua­n dengan rakan pembuat vaksin – tanpa mengira had atau sekatan geografi – bertujuan meningkatk­an skala bekalan dengan segera.

“Semua halangan untuk pengembang­an kapasiti harus dihentikan termasuk halangan Hak Harta Intelek,” katanya.

UNICEF telah mengagihka­n lebih tiga juta dos vaksin ke 10 negara di Timur Tengah dan Afrika Utara menerusi kemudahan COVAX, dengan penghantar­an terbaru ke Yaman dan Mesir semalam.

WHO telah menetapkan matlamat untuk memulakan vaksinasi di semua negara dalam 100 hari pertama tahun ini.

Setakat ini 36 negara belum memulakan vaksinasi, 16 daripadany­a akan menerima kumpulan pertama melalui mekanisme COVAX dalam masa dua minggu lagi.

Secara keseluruha­n, 177 negara telah memulakan kempen vaksinasi dan COVAX telah mengedarka­n lebih 32 juta vaksin ke 61 negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia