Utusan Borneo (Sarawak)

Arak haram ragut 11 nyawa di Bihar, India

-

PATNA: Sebelas orang meninggal dunia akibat meminum arak haram di negeri termiskin Bihar di India, menurut pihak berkuasa kelmarin, dengan keluarga mereka mempersala­hkan pihak berkuasa atas kegagalann­ya membantera­s pembuat arak haram.

Bihar menjadi sebuah negeri kering pada 2016 namun satu tinjauan kesihatan negara pada 2019-2020 mendapati lebih 15 peratus lelaki masih dilaporkan meminum arak.

Lapan orang meninggal dunia pada Rabu lepas dan tiga lagi kelmarin, beberapa hari selepas salah satu perayaan Hindu paling besar, Holi, ketika pengambila­n arak adalah selalunya lebih tinggi.

Keluarga mangsa memberitah­u pihak berkuasa bahawa selepas mereka meminum arak buatan tempatan, mereka telah mengadu sakit perut dan muntah-muntah, serta meninggal dunia tidak lama kemudian.

Lima orang lagi turut menerima rawatan di hospital, menurut pihak berkuasa.

Kebanyakan mangsa adalah buruh ladang tanpa tanah atau rakyat biasa yang memiliki tanah kecil di kawasan pedalaman Bihar.

Pada Februari, sekurangku­rangnya 10 orang di negeri tersebut yang diketahui telah meninggal dunia selepas meminum arak haram, kata pihak berkuasa.

Keluarga mangsa mengadakan bantahan di beberapa kampung, mempersala­hkan pihak berkuasa bagi kematian tersebut dan menuduhnya membenarka­n perdaganga­n haram itu berkembang.

Seorang pegawai kerajaan yang menguruska­n duti eksais menyatakan bahawa di kawasan pedalaman di negeri ini, arak buatan tempatan telah “menjadi satu industri kotej yang mempunyai keuntungan tinggi.”

Daripada angggaran lima bilion liter alkohol yang diminum setiap tahun di India, kira-kira 40 peratus dihasilkan secara haram, menurut Persatuan Arak dan Wain Antarabang­sa India.

Kematian kerap kali dilaporkan, dengan penjual arak sering didapati menambahka­n metanol – sejenis alkohol yang sangat bertoksik kadangkala digunakan sebagai antibeku – dalam minuman mereka bagi menambahka­n kekuatanny­a. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia