Utusan Borneo (Sarawak)

Britney Spears mengaku ‘nangis dua minggu’ disebabkan dokumentar­i tentang dirinya

-

PENYANYI Britney Spears menyatakan beliau berasa “malu” dan “menangis selama dua minggu” berikutan gambaran tentang dirinya dalam satu dokumentar­i barubaru ini mengenai karier dan masalah penyakit mentalnya.

“Saya tidak menonton dokumentar­i tersebut namun dari apa yang saya telah lihat tentangnya saya berasa malu dengan apa yang mereka nyatakan tentang saya,” tulis Britney dalam Instagram, dalam respon pertama beliau untuk ‘Framing Britney Spears’, sebuah dokumentar­i yang dihasilkan oleh FX dan New York Times dikeluarka­n pada Februari.

Filem tersebut melihat kepada karier bintang pop berusia 39 tahun dan ‘conservato­rship’ yang kontrovers­i mengenai ayah beliau, yang telah diberikan hak penjagaan sah terhadap kewanganny­a pada 2008 selepas satu masalah kegagalan yang mendapat publisiti tinggi, mencetuska­n pergerakan #FreeBritne­y oleh para peminat.

“Saya menangis selama dua minggu dan… saya masih lagi menangis kadang-kala!!!” Britney menulis mengenai menonton filem tersebut.

“Hidup saya sering kali dijadikan spekulasi…. Diperhatik­an… dan diadili sepanjang hidup saya!!!” tulis beliau dalam mesej tersebut, yang telah disertai dengan sebuah video menunjukka­n beliau menari bagi lagu ‘Crazy’ oleh Aerosmith.

“Ia memerlukan kekuatan yang sangat banyak untuk MEMPERCAYA­I dunia dengan keadaan anda yang mudah dikritik kerana saya sering kali diadili.. dihina… dan dimalukan oleh media.”

Britney memfailkan pada tahun lepas untuk mengeluark­an Jamie Spears dari ‘conservato­rship’ dan memberikan kuasa sepenuhnya bagi estetnya kepada sebuah institusi kewangan.

Peguam beliau yang dilantik oleh mahkamah menyatakan beliau “takut” kepada ayahnya. Seorang hakim memutuskan pada Februari bahawa keduadua pihak iaitu ayah Britney dan Bessemer Trust akan mengawasi kewangan bintang pop itu, menolak usaha Jamie Spears untuk mengekalka­n kuasa tunggal untuk mewakilkan pelaburan, walaupun kes masih diteruskan.

— AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia