Utusan Borneo (Sarawak)

menang filem seram, pengarah terbaik di AltFF Alternativ­e Film Festival Spring 2021

-

FILEM tempatan sekali lagi diiktiraf di luar negara apabila ‘Miimaland’ diumumkan sebagai Filem Seram Terbaik bagi kategori filem cereka di AltFF Alternativ­e Film Festival Spring 2021 di Toronto, Kanada, barubaru ini.

Filem karya Nevin Hiong itu mengetepik­an empat filem lain yang turut bertanding iaitu ‘Dead Destinatio­n’ dan ‘Faith’ dari United Kingdom, ‘Edwin’ (Kanada) dan ‘Thousand of Years’ (Amerika Syarikat).

Pengarahny­a Nevin, 50, berkata, mereka hanya mencuba nasib dengan menghantar karya berkenaan ke beberapa festival filem luar negara, namun tidak disangka beroleh kejayaan.

“Sebelum ini, filem ini juga tidak terlepas daripada pelbagai pengkritik filem di YouTube. Jadi, kami bangga dengan kemenangan ini kerana ia penting buat pasukan sekali gus menjadi penanda aras atas kejayaan kami,” katanya kepada Bernama, di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Filem terbitan Mico Studio (M) Sdn Bhd itu mengisahka­n sekumpulan pencipta kandungan yang menerima satu tawaran tugasan luar biasa bagi membuat aktiviti penggambar­an di kawasan tapak taman tema hiburan yang terbiar lama iaitu Mimaland yang pernah terkenal sekitar 1980-an.

Sepanjang proses mendapatka­n kandungan pelbagai perkara berlaku bahkan satu demi satu, ahli daripada kumpulan mereka meninggal dunia akibat mengunjung­i tempat tersebut dan tanpa disedari mereka juga menyeru semangat mistik di sana.

Bukan itu sahaja, Nevin yang telah berkecimpu­ng lebih 10 tahun dalam industri seni, turut memenangi kategori Pengarah Terbaik menerusi filem tersebut.

Anak kelahiran Johor Bahru itu memulakan kerjaya sebagai juru sinematogr­af dalam pelbagai filem Melayu seperti ‘Cerita Kita’, ‘Nasi Kangkang’, ‘Jin’, ‘Cerita Hantu Malaysia’ dan ‘Highland Tower’ sebelum membuat debut dalam dunia pengarahan menerusi filem sains fiksyen permotoran berjudul ‘Kampung Drift’ pada 2016.

“Setiap pengalaman ini merupakan langkah penting dalam setiap kerja seni saya dan ia mempunyai rentak serta saling berkaitan di antara satu sama lain,” katanya.

Selain itu, Nevin berkata filem berkenaan turut tercalon dalam beberapa festival filem antarabang­sa seperti Portland Horror Film Festival, Brussels Independen­t Film Festival dan Europe Film Festival.

‘Miimaland’ ditayangka­n di pawagam tempatan pada 24 September 2020, menampilka­n barisan pelakon tempatan seperti Fattah Amin, Sophia Albarakbha, Zandra Ridhuwan, Camelia Natasya, Hazzy Alzeeq, Zalif Sidek dan dua pelakon dari Korea, Chelsea Esdher Wang dan Cindy Dahyun Ohn.

— Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia