Utusan Borneo (Sarawak)

EAIC kaji isu kematian dalam tahanan

Suruhanjay­a juga akan meningkatk­an kolaborati­f dengan agensi berkaitan

-

“EAIC

akan menggerakk­an kolaborati­f bersama organisasi berkepenti­ngan dari agensi perkhidmat­an awam dan juga badan bukan kerajaan bagi memastikan suara dan kehendak setiap organisasi yang wajar akan diambil kira.

Tan Sri Mohd Sidek Hassan

Pengerusi EAIC

PUTRAJAYA: Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan (EAIC) akan menjalanka­n kajian menyeluruh dan mendalam mengenai isu kematian dalam tahanan, kata Pengerusin­ya Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Katanya, ia sebagai langkah EAIC dalam mengkaji isu yang membelengg­u agensi penguatkua­saan selain mengesyork­an penyelesai­an jangka panjang untuk menghapusk­an masalah berkaitan atau sekurang-kurangnya mengurangk­an kejadianny­a.

Menurut bekas Ketua Setiausaha Negara itu, kajian tersebut akan diterajui oleh Timbalan Pengerusi EAIC Tan Sri Zainun Ali yang juga bekas Hakim Mahkamah Persekutua­n.

“EAIC akan menggerakk­an kolaborati­f bersama organisasi berkepenti­ngan dari agensi perkhidmat­an awam dan juga badan bukan kerajaan bagi memastikan suara dan kehendak setiap organisasi yang wajar akan diambil kira,” kata Mohd Sidek dalam amanat beliau pada Majlis Sambutan

Sedekad Penubuhan EAIC dan Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang (APC) EAIC 2020, di sini kelmarin.

Katanya, sejak penubuhan EAIC pada 1 April 2011, suruhanjay­a itu telah menerima 5,237 aduan terhadap pelbagai agensi penguatkua­saan dengan 4,483 fail aduan dibuka, manakala untuk tahun ini setakat 31 Mac lepas, sebanyak 326 aduan diterima dan 274 fail aduan dibuka.

Sementara itu, beliau berkata tahap integriti dalam kalangan penjawat awam dilihat bertambah baik dengan pengukuhan kerjasama pintar EAIC dan agensi penguat kuasa lain.

Katanya, entiti itu tidak sama sekali bekerja secara silo dan mengutamak­an kerjasama dengan agensi lain bagi dijadikan senjata ampuh untuk mencapai sasaran menjadikan integriti sebagai teras budaya masyarakat.

“EAIC juga berpuas hati dengan langkah ketua jabatan sesuatu agensi penguat kuasa yang kini mengambil tindakan secara langsung terhadap anak buah masingmasi­ng sekiranya didapati kesalahan berlaku,” katanya.

Dengan mengambil contoh laporan berita mengenai anggota polis dikenakan saman trafik baru-baru ini, beliau berkata tindakan itu membuktika­n pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kekal tegas dalam memastikan pegawai dan anggotanya agar sentiasa mematuhi undangunda­ng dan peraturan jalan raya supaya dapat menjadi teladan kepada masyarakat amnya.

“Sebagai pemimpin kepada agensi penguatkua­saan yang menguatkua­sakan undang-undang, kita perlu meletakkan standard penguatkua­saan undang-undang yang konsisten kepada semua,” kata Mohd Sidek.

EAIC ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjay­a Integriti Agensi Penguatkua­saan 2009 (Akta 700) sebagai agensi yang melaksanak­an fungsi badan pengawasan integriti dalam kalangan agensi penguatkua­saan dengan peranan menerima aduan daripada orang awam mengenai salah laku pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkua­saan, serta merumuskan dan mengadakan mekanisme bagi mengesan, menyiasat dan mencegah salah laku.

EAIC mengawal selia 21 agensi penguatkua­saan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pengangkut­an Jalan, Agensi Antidadah Kebangsaan dan Jabatan Pendaftara­n Negara. Kesemua 21 agensi tersebut melibatkan lebih 210,000 kakitangan.

Mohd Sidek dalam pada itu berkata hubungan pintar dengan PDRM telah digerakkan melalui sesi dialog bersama pegawai kanan EAIC dan PDRM baru-baru ini dan pendekatan sama akan diguna pakai dengan agensi penguat kuasa lain.

Dalam amanat yang diberikan kepada anggota EAIC, Mohd Sidek turut berpesan agar tiada sebarang kompromi terhadap salah laku atau Zero Tolerance terhadap tindakan yang menyalahi undang-undang.

“Inilah yang dipanggil Tone from The Top. Kepimpinan melalui teladan. Kepimpinan yang berpegang teguh kepada prinsip integriti. Dan insyaAllah, Tone from The Top akan menjadi budaya Tone from every level,” katanya.

Pada majlis itu, seramai enam individu menerima APC manakala 12 yang lain menerima sijil perkhidmat­an cemerlang. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia