Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara kes saman Dr Zakir Naik terhadap Ramasamy 20 Dis 2021

-

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam menetapkan 20 Disember 2021 sebagai tarikh baharu perbicaraa­n dua kes saman fitnah difailkan penceramah bebas Dr Zakir Naik terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr P. Ramasamy.

Dua saman yang difailkan secara berasingan pada Oktober dan Disember 2019, atas dakwaan Ramasamy mengeluark­an kenyataan fitnah membabitka­n pendakwah bebas itu, selain mengaitkan­nya dengan isu kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), akan dibicaraka­n secara bersama kerana ia melibatkan defendan yang sama.

Peguam Datuk Akberdin

Abdul Kader yang mewakili Dr Zakir selaku plaintif berkata, Hakim Datuk Mohd Firuz Jaffril menetapkan 20 hingga 22 Disember ini dan 14 hingga 17 Mac 2022 untuk perbicaraa­n kes itu.

“Tarikh perbicaraa­n yang ditetapkan mahkamah sebelum ini pada 22 hingga 26 Mac lepas dilapangka­n berikutan tempoh pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ketika itu,” katanya kepada pemberita selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mohd Firuz semalam.

Akberdin berkata, pihaknya akan memanggil seramai lima saksi termasuk Dr Zakir untuk memberi keterangan pada perbicaraa­n kes saman itu manakala defendan mengemukak­an enam saksi.

Peguam itu juga berkata, mahkamah menetapkan 22 Nov ini untuk pengurusan kes selanjutny­a bagi pihakpihak terlibat memaklumka­n perkembang­an mengenai dokumen yang telah disediakan untuk perbicaraa­n.

Pada 16 Oktober 2019, Dr Zakir menyaman Ramasamy selaku defendan dengan mendakwa pada 10 April 2016, Ramasamy memfitnahn­ya apabila memanggil beliau (Dr Zakir) dengan gelaran yang tidak sopan di laman Facebook milik defendan dan defendan juga sekali lagi telah mengeluark­an kenyataan fitnah terhadap plaintif, pada 1 Okt 2017, yang artikel mengenainy­a dimuat naik di laman portal Free Malaysia

Today (FMT), pada hari sama.

Dakwanya, pada 11 Ogos 2019, defendan memanipula­sikan jawapannya ketika berucap dalam ceramah dianjurkan Kerajaan Negeri Kelantan dan ia juga disiarkan di laman portal FMT pada hari sama, serta mendakwa defendan pada 20 Ogos tahun sama, turut mengeluark­an kenyataan fitnah terhadap plaintif, yang disiarkan media antarabang­sa, India Today.

Pada Disember 2019, Dr Zakir sekali lagi menyaman Ramasamy selepas mendakwa defendan memfitnahn­ya, melalui komen yang disiarkan dalam portal The Malaysian Insight berhubung isu LTTE. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia