Utusan Borneo (Sarawak)

NASOM perkasa belia penghidap autisme menerusi program CES

Program akan memberi kemahiran pemasaran digital dan e-dagang

-

Kami percaya individu dengan autisme, terutamany­a pelajar kursus ini, akan mendapatka­n manfaat daripada

” bimbingan pakar-pakar industri.

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia semalam, Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) melancarka­n program Pakar E-dagang Bertauliah (CES) Tahap 1 bagi memperkasa­kan belia penghidap autisme di Malaysia.

Melalui latihan dan perantis, program itu bertujuan memberi kemahiran pemasaran digital dan e-dagang yang seterusnya membuka peluang kerjaya baharu dalam kalangan komuniti autisme.

Dalam kenyataan semalam, NASOM memaklumka­n program sulung itu mengalu-alukan penyertaan belia autisme berumur antara 16 hingga 21 tahun untuk mendaftar bagi pengambila­n pertama yang bermula pada pertengaha­n April ini.

Ketua Program NASOMVokas­ional

Ketua Program NASOM-Vokasional

Saffiza Anuar berkata anak muda perlu dipupuk dengan kemahiran relevan yang seterusnya mewujudkan peluang saksama dalam dunia digital bagi golongan autisme melangkah maju sebagai insan berdikari.

“Kami percaya individu dengan autisme, terutamany­a pelajar kursus ini, akan mendapatka­n manfaat daripada bimbingan pakar-pakar industri,” katanya.

Menurutnya, NASOM akan berganding bahu dengan Y Ventures Group Ltd iaitu syarikat e-dagang yang tersenarai di Singapura berlandask­an data dengan keupayaan terasnya dalam membangun dan melaksanak­an kurikulum latihan berkaitan e-dagang dan teknologi.

Pelajar pada Tahap 1 akan menjalani latihan enam minggu membabitka­n enam kemahiran asas e-dagang iaitu mencipta laman sesawang

WordPress, cara memasarkan perniagaan di internet, alat fotografi digital, menggunaka­n media sosial dalam perniagaan, cara mencapai kedudukan teratas dalam enjin pencarian dan pengenalan kepada Adobe Photoshop CC.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Perbadanan Pembanguna­n Kampong Bharu (PKB) memaklumka­n laluan ikonik iaitu Pintasan Saloma atau Saloma Link di ibu kota akan memaparkan tema pencahayaa­n ‘jigsaw puzzle’ pelbagai warna sempena sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia.

Menurut PKB, penetapan tema itu adalah bagi menyokong dan memupuk kesedaran masyarakat Malaysia dan dunia agar lebih peka terhadap keadaan pesakit autisme. — Bernama

Saffiza Anuar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia