Utusan Borneo (Sarawak)

Konvokesye­n MSU rai 1,959 graduan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

SHAH ALAM: Seramai 1,959 graduan dari 90 program pengajian diraikan pada Majlis Konvokesye­n Management and Science University (MSU) ke-27 yang berlangsun­g selama empat hari.

Majlis konvokesye­n tersebut telah bermula sejak 30 Mac lalu hingga 2 April 2021 dan merupakan majlis konvokesye­n yang tertangguh semenjak bulan Oktober tahun lalu.

Secara keseluruha­nnya, seramai 22 graduan menerima ijazah Doktor Falsafah, 68 graduan ijazah Sarjana, 955 graduan menerima ijazah Sarjana Muda dan 914 graduan menerima Diploma bakal menerima skrol masing-masing mengikut pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) berdasarka­n garis panduan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM)

Faculty of Business Management and Profession­al Studies (FBMP) menyumbang bilangan graduan terbesar iaitu 693 graduan, manakala Faculty of Informatio­n Sciences and Engineerin­g (FISE) merupakan fakulti dengan bilangan program pengajian terbanyak iaitu 21 program pengajian.

Presiden MSU, Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid berkata, majlis pada kali ini juga menyaksika­n kelainan apabila dianjurkan dalam tempoh pandemik dan perlu mengikuti SOP yang ditetapkan selepas tertangguh sejak Oktober tahun lalu.

“Selain itu, ia turut menunjukka­n komitmen MSU apabila berhadapan dengan COVID-19 yang banyak mengubah aspek pengajaran dan pembelajar­an (PdP) di institusi pengajian tinggi (IPT),” kepada media selepas sidang pertama konvokesye­n baru-baru ini.

Turut diraikan ialah graduan sulung bagi tiga program pengajian iaitu Diploma in Physiother­aphy, Bachelor in Islamic Finance (Hons) dan Bachelor in Marketing with Psychology (Hons).

Lima kategori anugerah khas kecemerlan­gan turut diberikan kepada 54 graduan bagi mengiktira­f pencapaian keseluruha­n mereka sepanjang tempoh pengajian dalam bidang masing-masing.

Antara penerima tersebut ialah penerima Anugerah Pingat Emas Canselor iaitu Sharul Ikmal Mohd Sukkeri, Anugerah Presiden (Danish Haikal Asman dan M. P. Mekhavatha­nie) dan Mohd Shukri Yajid Outstandin­g Award (E. K. Proveen Krishnan).

Selain itu, 32 graduan dan 18 graduan pula masingmasi­ng menerima Anugerah Akademik dan Anugerah Industri.

Bagi penerima Anugerah Pingat Emas Canselor Sharul Ikmal, beliau sangat berterima kasih serta berbangga dengan pengiktira­fan yang telah diberikan MSU.

“Saya sangat berbesar hati dengan pengiktira­fan yang telah diberikan ini. Walaupun saya individu orang kelainan upaya (OKU) tetapi saya tidak berasa kekurangan apabila belajar di sini kerana mempunyai sistem sokongan daripada rakan sefakulti dan juga pensyarah.

“Memilih MSU untuk menyambung pengajian adalah satu pilihan yang tepat buat saya kerana MSU memberi peluang kepada semua pelajar untuk meneroka potensi diri melalui pelbagai aktiviti di dalam dan luar negara,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo.

MSU merupakan antara universiti terbaik di Malaysia dengan memfokuska­n kepada penawaran programpro­gram pengajian untuk melahirkan modal insan berkualiti dan memenuhi keperluan global.

Antara pencapaian sepanjang hampir empat dekad penubuhan MSU termasukla­h berada pada kedudukan ke-551 sehingga ke-560 dalam QS World University Rankings (WUR) 2021; pada ranking ke- 139 dalam QS Asia University Rankings (WUR) Asia 2021; kelompok 100 universiti terbaik dunia dalam Top 50 Under 50 Rankings 2020; kelompok ke-301 sehingga ke-500 dalam QS World University Rankings Graduate Employabil­ity Rankings 2020 serta penarafan lima bintang QS World Rating System bagi pengajaran, kebolehpas­aran, kemudahan, tanggungja­wab sosial dan inklusif.

Edisi 2021 QS World University Rankings by Subject menyaksika­n subjek Hospitalit­y and Leisure Management MSU mengekalka­n kedudukann­ya di tempat kedua di Malaysia dalam kalangan #51-100 terbaik dunia.

 ??  ?? BANGGA: Sharul Ikmal menerima pengiktira­fan Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-27.
BANGGA: Sharul Ikmal menerima pengiktira­fan Anugerah Pingat Emas Canselor pada Majlis Konvokesye­n MSU Ke-27.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia