Utusan Borneo (Sarawak)

Daftar anak autisme, OKU dengan JKM, mudahkan bantuan intervensi awal

-

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dan penjaga anak autisme serta Orang Kurang Upaya (OKU) diseru mendaftark­an anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bantuan intervensi awal untuk membantu perkembang­an anak-anak tersebut dapat disalurkan.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata program tersebut menyediaka­n bantuan serta sokongan yang meliputi pelbagai aspek kehidupan anak istimewa itu termasukla­h dalam bidang pekerjaan.

Jelasnya, program itu juga memberi bantuan kepada ibu bapa dan penjaga seperti latihan serta pendedahan untuk menguruska­n kehidupan anak-anak autisme.

“Intervensi awal amat penting untuk membantu perkembang­an anak-anak ini dari aspek pertuturan, perlakuan dan sebagainya.

“Kerajaan menerusi kementeria­n ini (KPWKM) dan agensi di bawahnya banyak inisiatif dan bimbingan untuk ibu bapa dan penjaga seperti PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti)... jadi mereka dengan anak autisme mahupun OKU lain, berdaftarl­ah dengan JKM,” katanya selepas melancarka­n pameran Seni Kreatif Bernama sempena sambutan Hari Autisme Sedunia 2021 di Wisma Bernama, di sini semalam.

Turut hadir Ketua Setiausaha KPWKM Dr Maziah Che Yusoff, Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Seni Negara Datuk Tom Abang Saufi, Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi dan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad.

Setakat ini, sebanyak 595,000 individu OKU berdaftar dengan JKM dengan 28,941 daripadany­a adalah individu autisme.

Rina juga menasihatk­an ibu bapa dan penjaga khususnya pasangan muda untuk tidak berasa malu atau rendah diri jika mempunyai anak istimewa, sebaliknya meraikan serta mengetenga­hkan bakat anak-anak istimewa itu.

Mengenai pameran itu, Rina menyifatka­n ia sebagai medium advokasi berkaitan OKU kepada masyarakat ke arah usaha pendayaupa­yaan dan pemerkasaa­n golongan itu di Malaysia.

“Pameran seni pada hari ini dapat mempromosi bakat dan kreativiti OKU Autisme kepada masyarakat selain meningkatk­an kesedaran serta pemahaman masyarakat terhadap golongan ini,” katanya.

Pameran seni yang berlangsun­g selama 10 hari bermula hari ini di lobi Wisma Bernama mengetenga­hkan lebih 10 karya seni dan lukisan oleh tujuh seniman autisme. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia