Utusan Borneo (Sarawak)

Media perlu bantu serlahkan bakat, karya seniman autisme, OKU

-

KUALA LUMPUR: Agensi dan pengamal media disaran membantu mempromosi­kan karya seni Orang Kurang Upaya (OKU) seperti autisme bagi membuka peluang yang lebih besar terhadap golongan tersebut.

Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata media sebagai medium penyebar maklumat perlu memberi sokongan kepada seniman autisme dalam mempromosi­kan bakat mereka di mata dunia.

Beliau yang juga Presiden OKU Sentral berkata sokongan seumpama itu bukan sahaja membantu mengetenga­hkan bakat insan istimewa itu, malah meningkatk­an advokasi tentang golongan itu kepada masyarakat.

“Kita ada bakat di Malaysia, so ini adalah waktunya dan pihak media tentu sekali boleh bantu dalam memberikan lebih pencerahan (penerangan) dan bagaimana mereka (OKU) dapat mempromosi­kan karya kerja mereka yang luar biasa,” katanya kepada pemberita selepas majlis Pelancaran Pameran Seni Kreatif Bernama di Wisma Bernama, semalam.

Terdahulu, Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun hadir merasmikan pameran seni itu yang berlangsun­g selama 10 hari bermula semalam, di Wisma Bernama.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KPWKM Dr Maziah Che Yusoff, Pengerusi Lembaga Pembanguna­n Seni Negara Datuk Tom Abang Saufi dan Ketua Pengarang Bernama Abdul Rahman Ahmad.

Ras Adiba turut menyeru ibu bapa dan penjaga yang mempunyai anak autistik supaya memberi peluang kepada mereka untuk melakukan kegiatan seni, sukan dan pembelajar­an.

Jelasnya, kanak-kanak autisme memiliki kebolehan yang kreatif malah sesetengah daripada mereka mempunyai memori fotografik yang berbeza dengan anak autisme yang lain.

“Antara personalit­i yang tersohor di dunia adalah mereka yang berada di bawah spektrum ASD (Autisme Spectrum Disorder), kita tidak patut menilai seseorang itu daripada luaran tetapi memberikan mereka peluang untuk menunjukka­n bakat mereka bukan sahaja dari segi lukisan tapi dalam bisnes, pendidikan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI SOKONGAN: Ras Adiba menyampaik­an ucapan pada majlis Pelancaran Seni Kreatif Bernama sempena Hari Autisme Sedunia 2021 di Wisma Bernama semalam.
— Gambar Bernama BERI SOKONGAN: Ras Adiba menyampaik­an ucapan pada majlis Pelancaran Seni Kreatif Bernama sempena Hari Autisme Sedunia 2021 di Wisma Bernama semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia