Utusan Borneo (Sarawak)

BERNAMA anjur Pameran Seni Kreatif sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia

-

KUALA LUMPUR: Semalam masyarakat antarabang­sa menyambut Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang merupakan ruang terbaik bagi orang awam untuk memahami golongan tersebut secara lebih dekat.

Pelbagai program sama ada berbentuk pameran atau kempen diatur oleh badan bukan kerajaan (NGO) dan persatuan berkaitan autisme untuk meningkatk­an kesedaran dan keprihatin­an masyarakat terhadap golongan ini.

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) juga tidak ketinggala­n dalam kempen kesedaran ini dengan menganjurk­an Pameran Seni Kreatif Bernama sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia yang akan dirasmikan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun, pagi semalam.

Pengerusi Bernama Senator Datuk Ras Adiba Radzi juga dijadual hadir pada program yang diadakan di Wisma Bernama.

Gangguan Spektrum Autisme (ASD) atau autisme adalah gangguan perkembang­an saraf pada seseorang yang boleh menyebabka­n kesukaran untuk berkomunik­asi, menjalani interaksi sosial dan berdepan dengan masalah tingkah laku.

Statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat merekodkan setakat Februari lepas, seramai 28,941 individu autisme di negara ini, telah berdaftar dengan jabatan itu.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seorang daripada 160 kanak-kanak di dunia mengalami autisme dan golongan ini sering berdepan stigma dan diskrimina­si dalam kalangan masyarakat.

Antara stigma yang sering dikaitkan dengan golongan ini adalah masalah tingkah laku seperti mudah mengamuk dan sukar mendengar arahan.

Diskrimina­si lain termasuk golongan ini dikatakan sukar untuk berdikari atau mendapatka­n pekerjaan walaupun mereka mampu bekerja dengan baik. — Bernama

 ??  ?? TAHNIAH: Graduan yang menerima anugerah khas kecemerlan­gan pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-27.
TAHNIAH: Graduan yang menerima anugerah khas kecemerlan­gan pada Majlis Konvokesye­n MSU ke-27.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia