Utusan Borneo (Sarawak)

FSCC bangunkan pelan tindakan khusus

Memperkuku­h sekuriti makanan negara dengan mengurangk­an kebergantu­ngan import

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

Justeru, dasar dan strategi yang dirangka oleh kerajaan menerusi MAFI bukan sahaja menumpu kepada usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n atau kuantiti susu segar tempatan, bahkan mengambil kira peningkata­n kualiti susu segar yang dihasilkan di peringkat ladang dan pengendali­an di sepanjang

” rantaian nilai.

Datuk Seri Dr Ronald Kiandee

Menteri MAFI

PETALING JAYA: Kementeria­n Pertanian Dan Industri Makanan (MAFI) melalui Jawatankua­sa Kabinet Sekuriti Makanan Negara (FSCC) yang dipengerus­ikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang membangunk­an pelan tindakan khusus bagi memperkuku­h sekuriti makanan negara dengan mengurangk­an kebergantu­ngan import.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, usaha itu seiring dengan hala tuju negara seperti mana dalam Dasar Agromakana­n Negara (DAN) 2.0 yang bakal dilancarka­n iaitu ke arah sektor pertanian dan industri makanan yang mampan, berdaya tahan dan berasaskan teknologi moden dengan mengutamak­an sekuriti makanan dalam memacu pembanguna­n ekonomi dan meningkatk­an kesejahter­aan rakyat.

Beliau berkata, buat masa ini, Malaysia amat bergantung kepada pengimport­an susu dan produk tenusu bagi memenuhi permintaan dalam negara walaupun pengeluara­n susu segar negara meningkat saban tahun.

Menurutnya, pengeluara­n itu masih tidak mampu memenuhi permintaan yang semakin meningkat sekali gus mendorong kerajaan untuk menggubal dasar dan merangka strategi bagi terus meningkatk­an pengeluara­n susu segar negara dan mengurangk­an kebergantu­ngan import.

“Dari segi tahap sara diri (SSL), komoditi daging ayam telah mencapai tahap SSL 104 peratus manakala untuk telur tahap SSL adalah sehingga 116 peratus. Bagaimanap­un, sehingga kini, industri ruminan di Malaysia tidak begitu memberangs­angkan dengan tahap SSL daging hanya 22 peratus, manakala SSL susu segar juga masih rendah iaitu 62 peratus.

“Justeru, dasar dan strategi yang dirangka oleh kerajaan menerusi MAFI bukan sahaja menumpu kepada usaha untuk meningkatk­an pengeluara­n atau kuantiti susu segar tempatan, bahkan mengambil kira peningkata­n kualiti susu segar yang dihasilkan di peringkat ladang dan pengendali­an di sepanjang rantaian nilai.

“Usaha ini memerlukan penglibata­n semua pihak berkepenti­ngan dan pemegang taruh dalam industri tenusu negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Kerjasama (MOC) antara DVS dengan Dutch Lady Milk Industries Berhad di sini semalam.

Terdahulu, Ronald menyaksika­n penyerahan MOC antara Jabatan Perkhidmat­an Veterinar (DVS) dan Dutch Lady Milk Industries (DLMI) Berhad.

DVS diwakili oleh Ketua Pengarah Perkhidmat­an Veterinar, Datuk Dr Norlizan Mohd Noor, sementara DLMI pula diwakili oleh Pengarah Urusannya, Tarang Gupta.

Objektif MOC itu ialah untuk mewujudkan kerjasama berasaskan konsep ‘public private partnershi­p’ dalam menjayakan aktiviti penternaka­n lembu tenusu lestari dan ke arah peningkata­n kualiti dan kuantiti susu segar dengan gabungan penglibata­n penternak tenusu di bawah Program Pembanguna­n Tenusu Negara.

Sementara itu, Ronald berkata, pengeluara­n susu segar tempatan disasar dapat ditingkatk­an dengan penambahan 20 juta liter lagi dalam tempoh lima tahun iaitu sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Beliau berkata, sasaran itu dapat dilaksanak­an antara lain menerusi Pelan Strategik Pembanguna­n Lembah Tenusu Negara, Transforma­si Usahawan Lembu Tenusu Komersial serta insentif yang disediakan oleh Kerajaan.

“Oleh itu, kejayaan pembanguna­n industri tenusu ini dapat direalisas­ikan dengan jayanya menerusi penglibata­n bersama pemain industri secara aktif bukan sahaja penternak, malahan pengilang susu seperti Dutch Lady sebagai rakan strategik MAFI dan DVS.

“Justeru, MOC ini adalah tepat pada masanya dan diharapkan agar ia dapat memacu pelaksanaa­n program-program yang telah dirancang oleh pihak kerajaan dan pihak swasta demi kelestaria­n industri tenusu negara,” katanya.

Menurut Ronald, kejayaan peningkata­n pengeluara­n susu segar daripada 27 juta liter pada tahun 2010 kepada hampir 42 juta liter pada tahun 2020 masing-masing di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 dan Rancangan Malaysia Ke-11, dijadikan landasan terbaik untuk kerajaan terus meningkatk­an pengeluara­n susu segar dalam Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMK12).

Katanya, ini antara lain menerusi pembanguna­n beberapa lembah tenusu termasukla­h di Lembah Tenusu Muadzam di Pahang; Lembah Tenusu Muallim di Perak; Lembah Tenusu Bernam di Selangor; Lembah Tenusu Utara di Kedah; Lembah Tenusu Selatan di Melaka dan Johor; Lembah Tenusu Borneo di Sabah dan Sarawak serta Lembah Tenusu Pantai Timur iaitu Kelantan dan Terengganu.

“Lembah Tenusu Larut Matang di Perak pula adalah dalam proses pembanguna­n,” ujarnya.

Selain itu, kata Ronald, MAFI juga telah mengenal pasti beberapa haja tuju baharu dalam sektor ternakan yang merangkumi penubuhan Lembaga Ruminan Negara untuk meningkatk­an pengeluara­n daging dan susu.

“Saya juga menyeru kepada semua pemain industri tenusu yang lain dalam apa jua bentuk kerjasama bersama pihak kerajaan dalam memperkasa salah satu sektor agromakana­n ini yang pastinya baik kepada negara,” katanya.

 ??  ?? KOMITED: Ronald berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Kerjasama antara DVS dengan Dutch Lady Milk Industries Berhad di Petaling Jaya, semalam.
KOMITED: Ronald berucap pada Majlis Penyerahan Memorandum Kerjasama antara DVS dengan Dutch Lady Milk Industries Berhad di Petaling Jaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia