Utusan Borneo (Sarawak)

PBKD lulus pendaftara­n bersyarat vaksin AstraZenec­a

-

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju meluluskan pendaftara­n secara bersyarat bagi produk vaksin COVID-19 ‘Vaccine AstraZenec­a Solution for Injection’ untuk kegunaan semasa bencana.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata keputusan pendaftara­n bersyarat bagi produk yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX oleh pengilang SK Bioscience Co Limited, Korea Selatan itu dibuat dalam mesyuarat PBKD kali ke-355 semalam.

“Pendaftara­n vaksin C O V I D -19 yang dibekalkan melalui fasiliti COVAX dilaksanak­an melalui mekanisme perakuan ke atas kelulusan Penyenarai­an Penggunaan Kecemasan (EUL) yang diumumkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 15 Feb lalu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Dr Noor Hisham berkata Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) akan terus memantau dan menilai data-data tambahan serta terkini berkaitan produk vaksin berkenaan.

“Ini bagi memastikan keberkesan­an dan keselamata­nnya sentiasa dikemas kini dan perbanding­an manfaat-risiko (benefit over risk) vaksin ini kekal positif,” katanya.

Selain itu, beliau berkata pihaknya akan sentiasa memperting­katkan tahap kesihatan awam dalam memerangi wabak COVID-19 melalui perolehan bekalan vaksin yang dinilai daripada aspek kualiti, keselamata­n dan keberkesan­an oleh NPRA serta diluluskan oleh PBKD.

“Kerajaan juga komited untuk memastikan penduduk dewasa Malaysia mencapai imuniti kelompok selaras dengan sasaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia