Utusan Borneo (Sarawak)

MARDI perkenal varieti benih padi sesuai untuk Sabah dan Sarawak tahun depan

-

SERDANG: Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) akan memperkena­lkan varieti benih padi baharu yang sesuai dengan keadaan tanah di Sabah dan Sarawak tahun depan.

Ketua Pengarahny­a, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor berkata ketika ini MARDI sedang menjalanka­n penyelidik­an berskala besar bagi memastikan benih padi tersebut mempunyai daya tahan terhadap serangan penyakit serta sesuai dengan keadaan tanah dan cuaca.

“Sebelum ini kami (MARDI) telah hasilkan varieti benih padi baharu MR2 98 iaitu jenis padi warna untuk ditanam di Sarawak.

“Penghasila­n varieti benih padi baharu membantu meningkatk­an produktivi­ti penanaman padi dan merancakka­n industri pengeluara­n beras serta pendapatan pesawah,” katanya dalam sidang media selepas melancarka­n empat buku hasil tulisan pegawai penyelidik MARDI sempena Kempen #MARDIMemba­ca di sini semalam.

Beliau berkata sehingga kini MARDI telah menghasilk­an 53 jenis varieti benih padi untuk kegunaan pesawah di negara ini.

Mohamad Roff berkata penghasila­n varieti benih padi merupakan kebangaan MARDI dan sehingga kini 90 peratus benih padi yang ditanam di seluruh negara adalah hasil penyelidik­an serta keluaran institut itu.

“Terbaharu, kajian selama 10 hingga 12 tahun membolehka­n MARDI hasilkan dua varieti benih padi iaitu Seri Waja (MR315) dan Kembang Sari (MRQ104),” katanya.

Mengenai Kempen #MARDIMemba­ca, beliau berkata kempen yang julung kali diadakan itu akan dianjurkan secara tahunan selaras dengan Dekad Membaca Kebangsaan 2030, sekali gus menggalakk­an budaya membaca dalam kalangan kakitangan MARDI.

Berkongsi mengenai penerbitan MARDI, beliau memaklumka­n sebanyak 152 judul penerbitan, 1,333 artikel berwasit dan 1,925 artikel saintifik dihasilkan institut itu ketika Rancangan Malaysia (RMK) Ke-11.

“Untuk RMK-12, kami sasarkan 2,500 artikel berwasit dan 3,000 artikel saintifik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KELUARAN BAHARU: Kakitangan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Fazlinda Fadzil (kanan) dan Noor Fadini Nordin menunjukka­n buku baharu yang dilancarka­n sempena Kempen MARDI Membaca 2021 di Ibu Pejabat MARDI dekat Serdang, semalam.
— Gambar Bernama KELUARAN BAHARU: Kakitangan Institut Penyelidik­an dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) Fazlinda Fadzil (kanan) dan Noor Fadini Nordin menunjukka­n buku baharu yang dilancarka­n sempena Kempen MARDI Membaca 2021 di Ibu Pejabat MARDI dekat Serdang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia