Utusan Borneo (Sarawak)

Perebutan kejuaraan tarikan di Liga Perdana Inggeris

-

LONDON: Manchester City telah menempatka­n sebelah tangan pada trofi Liga Perdana Inggeris namun perlawanan antara pasukan empat teratas dijangka akan sengit dengan kesemua pasukan mahu menyertai kejohanan elit Eropah musim depan.

Musim 2020/21 kini memasuki peringkat akhir dengan berbaki sembilan perlawanan buat kebanyakan kumpulan.

Manchester City, Manchester United, Leicester dan Chelsea kini menduduki tangga empat teratas dalam pasukan Inggeris.

United pimpinan Ole Gunnar Solskjaer mendahului lapan mata daripada pasukan tempat kelima West Ham.

Matlamat United tidak nampak sukar, sungguhpun mereka masih harus mengembara ke Tottenham dan menjadi tuan rumah Liverpool. Mereka juga bakal bermain dengan saingan empat teratas Leicester di Old Trafford.

Leicester amat hampir untuk layak ke Liga JuaraJuara untuk kali kedua dalam sejarah mereka musim lepas namun tersingkir di hari terakhir kepada United.

Pasukan Brendan Rodgers, bulan lalu yang menumpaska­n United dalam suku akhir Piala FA, tampak lebih lincah tahun ini dan hanya satu mata di belakang Red Devils.

Leicester bakal berhadapan dengan Manchester City hujung minggu ini sebelum perlawanan lebih mudah, namun dengan set lebih sukar pada akhir musim menentang United, Chelsea dan Spurs.

Chelsea, masih tidak dapat ditumpaska­n dalam kesemua perlawanan sejak Thomas Tuchel mengambil alih Frank Lampard pada Januari, duduk di tangga keempat namun tidak mempunyai banyak ruang untuk kesilapan dan mereka juga menyertai Piala FA serta Liga Juara-Juara.

Anak didik Tuchel juga bakal menghadapi perjalanan sukar, dengan perlawanan berterusan menentang City, Arsenal dan Leicester pada Mei.

Adakah West Ham mampu mengalih keadaan dan menyertai kejohanan besar Eropah musim depan? Skuad David Moyes kini berada di tempat kelima dalam Liga Perdana, hanya dua mata menyusul Chelsea, dan selain daripada perlawanan menentang Leicester dan Chelsea, aturan permainan mereka tampak mudah.

Namun Hammers, yang bangkit dengan pemain penyerang pinjaman Manchester United Jesse Lingard, hanya berjaya mencatat empat mata dalam empat perlawanan lepas dan perlu berusaha untuk kembali menang dalam permainan tempat lawan kepada dengan Wolves pada Isnin.

Pasukan Moyes menyudahi musim mereka dengan perlawanan menentang Brighton, West Brom dan Southampto­n, kesemua pasukan corot dalam carta.

Tottenham pula, yang nampak seperti luar carta minggu beberapa minggu lalu, berada hanya satu mata di belakang West Ham selepas memenangi empat daripada permainan liga.

Jose Mourinho masih tertekan selepas satu musim melainkan Spurs dapat mengatasi City dalam perlawanan akhir Piala Liga bulan ini atau berjaya menjadi pasukan empat teratas akan menaikkan semangatny­a.

Kumpulan itu telah membelasah United, 6-1 pada Oktober.

Pasukan jaguh Liverpool terdesak untuk menyelamat­kan keadaan dalam mempertaha­nkan gelaran mereka dan mungkin lega untuk tidak bermain di tempat lawan semasa perlawanan dengan Arsenal pada Sabtu.

Dengan anak buah Jurgen Klopp kini lima mata di bawah Chelsea, mereka belum lagi memenangi liga itu di Anfield sejak Disember, keputusan mereka kini sudah bertambah baik. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia