Utusan Borneo (Sarawak)

PSG memasuki minggu penting dengan aksi kejuaraan Ligue 1, Liga Juara-Juara

-

PARIS: Neymar dan Paris Saint-Germain (PSG) melangkah masuk minggu yang penting dalam musim mereka, menyaksika­n anak buah Mauricio Pochettino bakal berdepan dengan pesaing Ligue 1, Lille pada Sabtu sebelum meneruskan perjalanan ke Jerman untuk perlawanan semula dalam Liga Juara-Juara musim lepas menentang Bayern Munich.

Pusingan pertama suku akhir di tempat lawan Bayern tidak akan disertai Robert Lewandowsk­i namun beliau telah menempa nama di berita-berita utama di Perancis, dalam pada PSG ingin membalas dendam atas kekalahan 0-1 mereka dalam peringkat akhir di Lisbon Ogos lepas.

Ketiadaan Lewandowsk­i mungkin akan membuat perlawanan itu berpihak kepada PSG, terutamany­a dengan pasukan gergasi Perancis itu menampilka­n Neymar yang pulih daripada kecederaan.

Beliau hanya turun padang selama 20 minit sejak awal Februari namun masih tangkas setelah penundaan pusingan kelayakan Piala Dunia Amerika Selatan bermakna beliau tidak bermain untuk Brazil minggu lepas.

Sungguhpun begitu, sebelum menuju ke Allianz Arena,

PSG perlu menyelesai­kan hal domestik dalam menyaksika­n pasukan empat teratas Ligue 1 hanya berbeza empat mata.

PSG mendahului Lille di tangga kedua dengan beza satu gol, diikuti Lyon tiga mata di belakang di tempat ketiga, dan Monaco satu mata ketinggala­n di tangga keempat.

Monaco berpeluang merapatkan jurang dalam menjadi hos perlawanan dengan Metz awal Sabtu, sementara Lyon akan ke Lens.

“Semua pasukan lebih kuat musim ini dan menjadikan liga ini lebih susah untuk dimenangi serta memberi lebih banyak saspens,” pemain tengah Leandro Paredes berkata ke PSG TV.

Anak didik Pochettino juga mempunyai momentum mereka, menang 4-2 ke atas Lyon selepas membelasah Lille 3-0 dalam Piala Perancis beberapa hari sebelumnya.

Tetapi, mereka mungkin tidak dapat menyaksika­n pemain Marco Verratti, sekurang-kurangnya saat menentang Lille, selepas beliau kembali daripada tugas antarabang­sa di Itali dengan kecederaan.

Lille pernah berada di puncak sebelum menerima kekalahan mengejutka­n oleh pasukan corot Nimes dalam perlawanan terakhir dan meninggalk­an mereka hanya dengan dua kemenangan daripada enam permainan liga.

Lille belum pernah memenangi perlawanan di tempat lawan kepada PSG dalam perlawanan pasukan teratas selepas 25 tahun sejak kemenangan 1-0 pada April 1996.

Jika beliau turun padang menentang Lille, kapten pasukan PSG, Marquinhos akan mencatatka­n kemunculan ke-200 dalam Ligue 1. Pemain pertahanan kelahiran Brazil itu ditandatan­gani daripada Roma pada usia 19 tahun pada tahun 2013.

Kylian Mbappe pula meraih gol ke-99 dan ke-100 dalam Ligue 1 semasa perlawanan PSG menundukka­n Lyon. Berusia 22 tahun, beliau hanya turun padang sebanyak 142 kali untuk meraih rekod itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? KEKALKAN STAMINA: Pemain PSG melakukan latihan di Pusat Sukan The Xixiang di Shenzhen, China.
— Gambar AFP KEKALKAN STAMINA: Pemain PSG melakukan latihan di Pusat Sukan The Xixiang di Shenzhen, China.
 ??  ?? NEYMAR
NEYMAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia