Utusan Borneo (Sarawak)

BAM kekal dengan sasaran meraih pingat emas pada Sukan Olimpik edisi Paris 2024

-

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) kekal dengan sasaran asal untuk meraih pingat emas Sukan Olimpik pada edisi Paris 2024, namun tidak menolak kemungkina­n kemampuan pemainnya membawa pulang pingat dari edisi Tokyo, Julai ini.

Presidenny­a Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata pihaknya juga akan terus memberikan sokongan kepada barisan pemain muda negara yang sedang meningkat seperti juara All England, Lee Zii Jia untuk menyinar di Tokyo nanti.

Beliau menegaskan bahawa prestasi pemain muda sudah pasti akan mengalami situasi turun dan naik sebelum mencapai konsistens­i di pentas kompetitif.

“Kita bagi sokongan yang tidak berbelah bahagi dan sekiranya kita beri kepecayaan kepada mereka, saya percaya ia akan berhasil. Tetapi untuk beri penekanan yang tidak sepatutnya kepada mereka adalah pramatang. Pemain seperti Zii Jia, Pearly Tan dan M. Thinaah juga mempunyai impian sendiri dan tahu apa yang rakyat harapkan daripada mereka.

“Saya rasa kita kekal dengan pasukan muda ini untuk kejayaan di Paris 2024,” katanya pada sidang media selepas melancarka­n ‘Wall of Champions’ dan menyampaik­an insentif kepada pemenang kejohanan Jelajah Dunia Persekutua­n Badminton Dunia (BWF) di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, di sini.

Zii Jia yang muncul juara perseorang­an lelaki All England, menerima imbuhan sebanyak RM30,000, manakala pasangan beregu wanita Pearly-Thinaah yang menjuarai Terbuka Switzerlan­d menerima bonus kemenangan sejumlah RM15,000.

Dalam perkembang­an lain, Norza berkata walaupun pihaknya bakal menghantar skuad muda ke Sukan SEA Hanoi, November ini, mereka masih diharapkan untuk mengekalka­n penanda aras yang ditetapkan oleh pemain muda pada edisi lalu.

Pada edisi lalu, Zii Jia, S. Kisona (perseorang­an wanita) dan Aaron Chia-Soh Wooi Yik (beregu lelaki) membawa pulang pingat emas, sekali gus membantu skuad negara muncul juara keseluruha­n acara badminton dengan pencapaian tiga emas,dua perak dan lima gangsa.

Mohamad Norza turut berharap dengan memaparkan kejayaan pemain seperti Zii Jia dan Pearly-Thinaah di ‘Wall of Champions ‘di lobi ABM, dapat meningkatk­an semangat pemain muda mencapai lebih banyak kejayaan masa depan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PELAPIS BADMINTON NEGARA: Mohamad Norza Zakaria (tengah) bergambar bersama juara kejohanan badminton All England 2021, Lee Zii Jia (tiga kiri), beregu wanita negara Thinaah Muralithar­an (tiga kanan) dan Tan Pearly Koong Lee (dua kanan) yang berjaya menjuarai pertanding­an badminton Terbuka Switzerlan­d di ‘Wall Of Champions’ pada majlis penyampaia­n Insentif Pertanding­an BAM Dan pelancaran ‘Wall Of Champions’ di Akademi Badminton Malaysia, baru-baru ini.
— Gambar Bernama PELAPIS BADMINTON NEGARA: Mohamad Norza Zakaria (tengah) bergambar bersama juara kejohanan badminton All England 2021, Lee Zii Jia (tiga kiri), beregu wanita negara Thinaah Muralithar­an (tiga kanan) dan Tan Pearly Koong Lee (dua kanan) yang berjaya menjuarai pertanding­an badminton Terbuka Switzerlan­d di ‘Wall Of Champions’ pada majlis penyampaia­n Insentif Pertanding­an BAM Dan pelancaran ‘Wall Of Champions’ di Akademi Badminton Malaysia, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia