Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan muktamad meninggalk­an Eropah

Torreira ingin tinggalkan Arsenal untuk menyertai Boca yang menjadi impiannya sejak dahulu lagi

-

Ini bukan perasaan mendadak, ini bukan keputusan tidak masuk akal kerana ibu saya. Sudah lama saya hendak bermain untuk Boca. Saya ingin bermain

” untuk Boca dan selalu nyatakan itu.

Lucas Torreira

Pemain Arsenal

BUENOS AIRES: Pemain tengah pasukan Arsenal kelahiran Uruguay, Lucas Torreira yang kini dipinjam oleh Atletico Madrid, berkata beliau mahu meninggalk­an Eropah dan bermain untuk Boca Juniors.

Pemain 25 tahun itu menyatakan beliau membuat keputusan itu selepas ibunya meninggal dunia disebabkan COVID-19 awal minggu ini.

“Pada malam ibu saya meninggal, saya memberitah­u wakil saya bahawa saya enggan bermain di Eropah lagi dan mahu berpindah ke Boca,” kata Torreira.

“Ini bukan perasaan mendadak, ini bukan keputusan tidak masuk akal kerana ibu saya. Sudah lama saya hendak bermain untuk Boca. Saya ingin bermain untuk Boca dan saya selalu nyatakan itu.”

Torreira kembali ke Uruguay minggu lepas untuk bersama dengan ibunya yang sakit, yang meninggal pada awal Selasa.

Selepas empat tahun di Itali, Torreira menyertai Arsenal pada Julai 2018 dan selalu bermain di bawah bekas jurulatih Unai Emery sehingga dia dipecat pada November 2019.

Namun beliau kehilangan tempat dalam pasukan itu di bawah Emery dan rakan senegara Sepanyol Mikel Arteta telah dihantar sebagai pemain pinjaman sejak awal musim ini.

“Kita harus menghentik­an mitos ini, ini bukan tentang Eropah semata-mata. Saya mahu berada dekat dengan rumah saya, dengan keluarga saya,” katanya.

Menurutnya, beliau sudah tidak gembira sejak dua tahun lepas dan kini terpaksa menghadapi tragedi ini.

“Saya masih cuba untuk menghadam situasi ini, sukar untuk memahami saat ini namun dengan masa berlalu kita akan belajar hidup bersama keperitan ini.

“Ibu saya berusia 53 tahun dan meninggal kerana COVID-19. Terdapat kemunculan kluster di Fray Bentos (tempat asalnya) dan dia bertarung selama 11 hari namun pada Isnin (lewat malam) saya mendapat panggilan telefon yang paling ngeri.

“Ayah saya menangis dan memberitah­u saya sudah tiba masanya untuk bermain untuk Boca.

“Menghadapi situasi ini dan melihat ayah saya punah dengan kehilangan ibu saya membuat hati saya hancur.” — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TORREIRA
TORREIRA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia