Utusan Borneo (Sarawak)

Biar Azizulhasn­i tenang

Pelumba itu berada pada landasan betul raih pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020

-

KUALA LUMPUR: Pemenang pingat perak Olimpik tiga kali, Datuk Lee Chong Wei percaya bahawa Mohd Azizulhasn­i Awang berada pada landasan yang betul dalam mengejar kejayaan meraih pingat emas dalam Sukan Olimpik, maka beliau tidak seharusnya diberikan sebarang tekanan.

Chong Wei berkata pelumba basikal elit kebangsaan itu mempunyai prospek meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Namun, Chong Wei yang hampir memenangi pingat emas Olimpik pertama Malaysia berkata, pelbagai cabaran tetap ada dalam misi Malaysia memburu kejayaan itu.

“Saya tahu apa yang Azizul mahukan (pingat emas) di Tokyo. Saya yakin beliau mempunyai keyakinan tinggi setelah berjaya dalam kejohanan di Australia, barubaru ini.

“Sebagai bekas atlet, saya amat memahami perasaan beliau sekarang ini. Oleh itu, saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepada Azizul dan saya berdoa agar beliau melakukan yang terbaik di Tokyo nanti, ” kata Chong Wei kepada Bernama.

Azizulhasn­i meraih dua pingat perak dalam acara pecut dan keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan Australia, hujung minggu lepas.

Bekas juara dunia berusia 33 tahun itu mengalahka­n seorang lagi pelumba basikal trek negara, Mohd Shah Firdaus Sahrom untuk merangkul kejuaraan dalam acara pecut final lelak pada Kejohanan Trek Victoria Elite, Februari lepas.

Azizulhasn­i, yang juga dikenal dengan julukan "The Pocket Rocketman", berjaya melayakkan dirinya dalam acara kegemarann­ya keirin dan acara pecut individu ke Sukan Olimpik Tokyo dari 23 Julai hingga 8 Ogos.

Sementara itu, Chong Wei yang juga Chef-de-Mission (CDM) kontinjen Malaysia Sukan Olimpik Tokyo 2020, menyifatka­n Sukan Olimpik pada tahun ini sangat luar biasa kerana ia diadakan di ketika dunia masih berdepan dengan penularan wabak COVID-19.

“Ini adalah masa yang mencabar untuk semua dan saya harap para atlet berada dalam keadaan yang sihat. Saya juga harap COVID-19 akan cepat berakhir dan berdoa agar semuanya kembali normal," tambahnya.

Legenda badminton negara itu juga gembira melihat semua urusan persiapan menghadapi acara sukan terbesar di dunia itu, berjalan lancar.

Beliau juga berharap agar atlet tidak mengalami se

barang kecederaan menjelang pertanding­an, yang akan berlangsun­g dari 23 Julai hingga 8 Ogos. — Bernama

Sebagai bekas atlet, saya amat memahami perasaan beliau sekarang ini. Oleh itu, saya tidak akan memberi sebarang tekanan kepada Azizul dan saya berdoa agar beliau melakukan yang terbaik di Tokyo

” nanti.

Datuk Lee Chong Wei

Bekas juara badminton dunia

 ?? — Gambar Bernama ?? PERLU TENANG: Gambar fail menunjukka­n Azizulhasn­i Awang dengan basikal baharu yang akan digunakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin Jerman ketika menjalani latihan intensif di Velodrom Nasional.
— Gambar Bernama PERLU TENANG: Gambar fail menunjukka­n Azizulhasn­i Awang dengan basikal baharu yang akan digunakan pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin Jerman ketika menjalani latihan intensif di Velodrom Nasional.
 ??  ?? CHONG WEI
CHONG WEI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia