Utusan Borneo (Sarawak)

REKOD TANPA KALAH SARAWAK UTD KEKAL

Menumpaska­n Kelantan FC 1-0 dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2021 di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu

-

Ini satu motivasi untuk para pemain untuk mengekalka­n prestasi ini jika mahu

” menjuarai liga ini.

E Elavarasan Elangowan

KUCHING: Sarawak United FC kembali menemui rentak kemenangan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menumpaska­n Kelantan FC 1-0 ketika berkunjung ke Stadium Muhammad IV, Kota Bharu pada petang Sabtu.

Dengan kemenangan itu, pasukan bimbingan E Elavarasan Elangowan berjaya mempertaha­nkan rekod tanpa kalah selepas mengharung­i lima perlawanan dalam saingan Liga Perdana Malaysia 2021.

“Tahniah kepada penjaga gawang dan pemain pertahanan kita kerana misi kita untuk menang dan menjaga gol tanpa dibolosi dalam perlawanan ini dapat dicapai sekaligus mengekalka­n rekod tanpa kalah sepanjang mengharung­i lima perlawanan

Jurulatih Sarawak United FC

dalam liga ini.

“Ini satu motivasi untuk para pemain untuk mengekalka­n prestasi ini jika mahu menjuarai liga ini,” katanya selepas perlawanan.

Mengenai perlawanan menentang Kelantan itu, Elavarasan berkata, tuan rumah memang memberi tentangan hebat kerana kedua-dua pasukan memburu kemenangan.

Jelasnya, peluang adalah 50 untuk pasukan menyamakan kedudukan meskipun

Sarawak United telah mendahului perlawanan itu menerusi jaringan pemain Lee Chang Hoon pada minit-37.

“Main di tempat lawan risau juga sebab Kelantan bermain di halaman sendiri yang mana mereka memerlukan kemenangan dalam perlawanan ini.

“Perlawanan ini boleh menjadi seri kerana 1-0, minit-minit terakhir itu kita takut hendak buat kesilapan namun akhirnya berjaya mengutip tiga mata berharga,” ujarnya.

Sementara itu, Kuching City FC pula terpaksa berpuas hati selepas mengikat pendahulu liga Negeri Sembilan FC tanpa jaringan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada malam Sabtu.

Pasukan Sarawak United akan bertemu Selangor FC II di Stadium Majlis Perbandara­n Selayang pada 7 April ini.

Manakala Kuching City akan berdepan dengan Skuad Projek FAM-MSN pada Rabu ini (7 April) di Stadium UiTM Shah Alam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? GOL: Lee bersama pemain Sarawak United meraikan gol pasukannya ketika bertemu Kelantan FC di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.
GOL: Lee bersama pemain Sarawak United meraikan gol pasukannya ketika bertemu Kelantan FC di Stadium Muhammad IV, Kota Bharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia