Utusan Borneo (Sarawak)

Bantu bukan letak calon

-

KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) boleh membantu Gabungan Parti Sarawak (GPS) berdepan Pilihan Raya Negeri (PRN) kelak tetapi bukan meletakkan calon.

Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata ketika bersama Barisan Nasional (BN), parti UMNO dan komponen BN yang lain tidak bertanding di Sarawak.

“Membantu kami bermaksud jangan letak calon sama ada secara terbuka atau rahsia. Jika letak calon secara terbuka atau rahsia, anda tidak bersama kami,” katanya.

Wan Junaidi yang juga Ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog bersama DCCI di Institut Koperasi Malaysia di Wisma Sego di sini semalam.

Tambah Wan Junaidi, hanya orang Sarawak dapat berkempen untuk Sarawak dan sejujurnya mereka di Semenanjun­g Malaysia tidak memahami Sarawak.

“Sebab itu, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) menjadi masalah kerana mereka tidak faham kita.

“Sekarang mereka mula memahami kita sedikit sebab itu Perdana Menteri bersetuju untuk berikan hak ke atas minyak dan gas, penyertaan dalam industri minyak dan gas serta setuju untuk melihat semula MA63 berdasarka­n undang-undang,” katanya.

Dalam pada itu Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kelmarin menyatakan kesediaan membantu rakan politik lain seperti GPS menghadapi PRN akan datang.

Kesediaan BERSATU membantu GPS khusus dalam menghadapi PRN adalah atas kesetiaan GPS menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia