Utusan Borneo (Sarawak)

Pematuhan SOP COVID-19 di Miri memuaskan

JPBB Miri berpuas hati dan gembira dengan tahap pematuhan SOP penduduk bandar raya ini

- Oleh Clare Cinderella

MIRI: Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri melahirkan rasa puas hati dan gembira dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh penduduk bandar raya ini, sama ada di pihak peniaga mahupun pelanggan.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Datuk Lee Kim Shin yang juga menteri bertanggun­gjawab terhadap JPBB Miri, menyeru masyarakat di sini kekal mamatuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Beliau berkata hanya melalui pematuhan yang ketat masyarakat dapat memutuskan rantaian jangkitan wabak maut itu dan pada masa yang sama menurunkan kes-kes COVID-19 di sini.

“Melalui pemantauan yang dilakukan (semalam), kita mendapati aspek pematuhan SOP adalah pada tahap yang memuaskan.

“Sehubungan itu, saya mahu menyeru agar masyarakat Miri terus bekerjasam­a memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dan terus mematuhi SOP seperti

Melalui pemantauan yang dilakukan (semalam), kita mendapati aspek pematuhan SOP adalah pada tahap yang

” memuaskan.

Datuk Lee Kim Shin

Menteri Pengangkut­an Sarawak

mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahter­a, amalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, memeriksa suhu badan serta menggunaka­n cecair pembasmi kuman,” katanya.

Terdahulu, Lee bersama rombongan JPBB Miri turun padang untuk melakukan pemantauan pematuhan SOP COVID-19 di Pasar Pujut Corner dan Bus Terminal Miri di sini, semalam.

Beliau juga menyeru penjaja dan pengusaha mendaftark­an diri mereka untuk menerima vaksin COVID-19 demi kebaikan dan kesihatan mereka.

Turut mengiringi lawatan pemantauan itu semalam ialah Datuk Bandar Adam Yii, wakil Pejabat Residen Bahagian Miri Rose Edward Tarang, Pemangku Pegawai Daerah Miri Siti Rohanie Yusof, Setiausaha Majlis Bandaraya Miri (MBM) Morshidi Fredrick dan wakilwakil jabatan berkaitan.

 ??  ?? PATUH: Lee (dua kanan) berbual dengan para peniaga di Pasar Pujut Corner di Miri semalam, sambil melahirkan rasa puas hati dengan tahap pematuhan SOP mereka, Turut kelihatan Yii (berdiri, tiga kiri).
PATUH: Lee (dua kanan) berbual dengan para peniaga di Pasar Pujut Corner di Miri semalam, sambil melahirkan rasa puas hati dengan tahap pematuhan SOP mereka, Turut kelihatan Yii (berdiri, tiga kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia