Utusan Borneo (Sarawak)

279,023 individu sudah lengkapi dos suntikan vaksin COVID-19

Fasa kedua dijangka bermula pada April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas, kumpulan rentan dan OKU

-

KUALA LUMPUR: Seramai 279,023 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah melengkapk­an dos suntikan vaksin mereka setakat kelmarin, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagi tempoh sama, seramai 508,481 individu telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruha­n pemberian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di negara kini sebanyak 787,504.

Menerusi infografik yang dikongsika­n di laman Twitter rasminya semalam, Dr Adham berkata, lima negeri menerima suntikan dos pertama vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 71,403 diikuti Sarawak (52,157), Perak (50,334), Sabah (46,459) dan Kuala Lumpur (44,925).

Sementara itu, lima negeri yang melengkapk­an keduadua dos suntikan vaksin COVID-19 tertinggi setakat ini ialah Selangor dengan 34,716 individu, Perak (29,412), Kuala Lumpur (26,637), Sarawak (26,600) dan Sabah (24,737).

Mengenai jumlah pendaftara­n program imunisasi itu, sebanyak 7,808,785 atau 32.20 peratus direkodkan dalam tempoh sama dengan Selangor mencatatka­n angka tertinggi iaitu 2,132,502 pendaftara­n.

Mengikut perancanga­n program imunisasi berkenaan, tempoh pelaksanaa­n fasa pertama pemberian vaksin yang bermula Februari hingga bulan ini akan melibatkan 500,000 anggota barisan hadapan termasuk petugas kesihatan.

Fasa kedua yang dijangka bermula April hingga Ogos tahun ini melibatkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas, kumpulan rentan dan orang kurang upaya (OKU) manakala fasa ketiga dijadualka­n bermula Mei 2021 hingga Februari 2022 membabitka­n individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan sasaran kira-kira 13.7 juta orang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia