Utusan Borneo (Sarawak)

Inter Milan kukuhkan cengkaman di kedudukan teratas Serie A Itali — AFP

-

MILAN: Romelu Lukaku memastikan Inter Milan kini berkelebih­an lapan mata di singgahsan­a Serie A Itali pada Sabtu apabila menjaringk­an gol kemenangan 1-0 di Bologna sementara juara bertahan, Juventus dan AC Milan masing-masing mencapai keputusan seri.

“Kemenangan ini satu langkah besar untuk kami,” kata jurulatih Inter, Antonio Conte selepas cabaran pencabar terdekatny­a, AC Milan semakin hambar apabila seri 1-1 dengan Sampdoria sementara Juventus diikat 2-2 oleh Torino.

Inter akan menentang Sassuolo pada Rabu ini, satu perlawanan tertangguh sebelum rehat bola sepak antarabang­sa kerana penularan COVID-19 di kelab itu.

Di Turin, Cristiano Ronaldo menjaringk­an gol pada minit ke79 tetapi gagal mengelak Juventus terus tercicir mata dalam usaha mereka memburu kejuaraan liga yang ke-10 berturut-turut. Juventus tercicir ke tangga keempat, 12 mata di belakang Inter dan empat mata di belakang Milan dengan kurang satu perlawanan.

Prestasi hambar Milan berterusan di San Siro apabila seri dengan Sampdoria.

Pada perlawanan lain, Atalanta kini dua mata di belakang Milan di tangga ketiga selepas menewaskan Udinese 3-2 dengan dua gol dijaringka­n Luis Muriel dan satu gol oleh Duvan Zapata.

Napoli meraih kemenangan keempat berturut-turut tetapi dipaksa bekerja-keras untuk menewaskan kelab tercorot, Crotone 4-3.

Namun Crotone mencipta kejutan apabila mengikat kedudukan 3-3 sebelum Giovanni Di Lorenzo menjaringk­an gol kemenangan Napoli pada minit ke-72.

Roma terus tanpa kemenangan dari tiga perlawanan selepas diikat 2-2 di Sassuolo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia