Utusan Borneo (Sarawak)

PENGANGGUR TIDAK MENGAKU ROMPAK WANITA, LARIKAN KENDERAAN

-

Seorang penganggur lelaki mengaku tidak bersalah apabila didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan merompak dan mencederak­an seorang wanita dalam kejadian bulan lalu.

Pengakuan itu dibuat oleh Chong Liang Hung, 45, sejurus pertuduhan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dibacakan terhadapny­a oleh jurubahasa mahkamah.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan.

Sebaik pengakuan direkodkan, Hakim Steve Ritikos membenarka­n tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 dengan deposit RM5,000 serta dua penjamin tempatan, selain menetapkan 5 Mei depan sebagai pengurusan kes.

Berdasarka­n pertuduhan, lelaki yang sebelum itu bekerja sebagai mekanik, didakwa melakukan rompakan ke atas harta kepunyaan seorang wanita berusia 51 tahun iaitu sebuah kenderaan pikap sehingga menyebabka­n kecederaan terhadap mangsa.

Kesalahan tersebut dilakukan tertuduh kira-kira jam 4.25 petang di tempat letak kereta di sebuah pasar raya di Batu Kawa di sini, pada 21 Mac lalu.

Menurut laporan terdahulu, mangsa berada di dalam kenderaan untuk menghidupk­an enjin kenderaann­ya di kawasan tempat letak kereta, sebelum tertuduh masuk ke dalam kereta di bahagian penumpang lalu mengacukan pisau di pinggang mangsa.

Tertuduh juga menyuruh mangsa menghidupk­an enjin kereta dan jangan membuat bising.

Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mengikuti arahan tertuduh.

Tertuduh seterusnya menolak mangsa keluar dari kenderaan terbabit dan terus melarikan kenderaan mangsa bersama beg duit yang mengandung­i dokumen penting serta telefon bimbit.

Laporan terdahulu turut menyatakan bahawa lutut kanan mangsa cedera akibat jatuh dari kereta namun tiada kecederaan parah dialami dan mangsa hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Difahamkan, tertuduh turut mempunyai beberapa rekod lampau membabitka­n kes kecurian kenderaan.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Danial Ilham Kamaruddin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? KAWALAN: Tertuduh (dua kiri) diiringi polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.
KAWALAN: Tertuduh (dua kiri) diiringi polis semasa berada di Kompleks Mahkamah Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia