Utusan Borneo (Sarawak)

VAN MUSNAH TERBAKAR, PEMANDU SELAMAT

-

KUCHING: Sebuah van musnah dalam insiden kebakaran yang berlaku di Jalan Tun Razak berdekatan lampu isyarat Pending pagi semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan dikerahkan ke lokasi sebaik sahaja menerima panggilan sekitar jam 9.34 pagi berhubung kejadian itu.

“Sampai di lokasi kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah van yang sudah terbakar 100 peratus.

“Pasukan bomba menggunaka­n salur bantu mula bagi memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Bagaimanap­un jelasnya, pemandu van terbabit berjaya keluar dengan selamat.

Tambahnya, setelah api padam sepenuhnya pasukan bomba berangkat balik ke balai.

 ??  ?? MUSNAH: Van terbabit terbakar sebelum api dipadamkan bomba.
MUSNAH: Van terbabit terbakar sebelum api dipadamkan bomba.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia