Utusan Borneo (Sarawak)

AMBULANS BAWA PESAKIT BERLANGGAR DENGAN VAN

-

Sebuah ambulans Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) yang membawa pesakit terlibat kemalangan di lampu isyarat Jalan Tol Pending, pagi semalam.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 9.49 pagi sebelum menggerakk­an pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Padungan ke lokasi.

“Bomba menerima panggilan memaklumka­n tentang kemalangan jalan raya melibatkan ambulans KKM yang membawa pesakit dengan sebuah van,” katanya dalam kenyataan semalam.

Difahamkan pemandu dan penumpang van yang mengalami kecederaan akibat kemalangan itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk tindakan rawatan lanjut.

Manakala pemandu ambulans, petugas KKM dan pesakit tidak mengalami kecederaan.

Punca kemalangan masih lagi dalam siasatan.

 ??  ?? REMUK: Keadaan van dan ambulans terbabit selepas kemalangan itu.
REMUK: Keadaan van dan ambulans terbabit selepas kemalangan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia