Utusan Borneo (Sarawak)

Penyelesai­an menyeluruh perlu elak kebakaran berulang

Selain tangani aspek perumahan, terdapat keperluan untuk atasi masalah kemiskinan bandar, kata Fatimah

- Oleh Borhaniza Ali Basah

“Daripada apa yang saya perhatikan berkaitan dengan rumah lama, pemiliknya akan berpindah ke rumah baharu dan mereka tidak lagi tinggal di rumah lama mereka.” Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

SIBU: Kejadian kebakaran di Jalan Tiong Hua barubaru ini seharusnya membuka mata pihak berkuasa dan pihak-pihak lain untuk mencari penyelesai­an menyeluruh bagi mengelak kejadian serupa berulang pada masa akan datang.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, selain menangani aspek perumahan, terdapat keperluan untuk mengatasi masalah kemiskinan bandar.

“Daripada apa yang saya perhatikan berkaitan dengan rumah lama, pemiliknya akan berpindah ke rumah baharu dan mereka tidak lagi tinggal di rumah lama mereka.

“Rumah ini mereka sewakan dan penyewapen­yewa tempat ini biasanya berasal dari luar bandar, mencari nafkah dan dengan itu, tidak mampu menyewa tempat yang kondusif,” katanya ketika ditemui pemberita ketika melawat lokasi kebakaran tersebut petang semalam.

Beliau berkata lagi, sesetengah rumah yang disewa ini didiami lebih daripada satu keluarga sekali gus menimbulka­n pelbagai risiko seperti kebakaran berikutan faktor rumah yang sudah usang.

Sehubungan itu katanya, semua pihak harus bekerjasam­a memberi perhatian serius terhadap perkara ini.

“Saya percaya, keadaan ini bukan berlaku di sini (Tiong

Hua) sahaja, malah di tempattemp­at lain juga, yang mana pemiliknya tidak lagi tinggal di sini tetapi menyewakan kepada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirka­n rasa sedih dan simpati akan nasib yang menimpa mangsa kebakaran terbabit.

Pada lawatan itu, Fatimah turut menyampaik­an bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada semua mangsa kebakaran.

Beliau menghulurk­an bantuan berjumlah RM30,600 yang merangkumi wang saku, elaun pakaian harian, bantuan persekolah­an dan bahan binaan.

Daripada 11 keluarga yang menerima bantuan itu, hanya tiga keluarga yang layak mendapat bantuan bahan binaan kerana mereka adalah pemilik rumah.

 ??  ?? MANFAATKAN: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Jalan Tiong Hua, Sibu, semalam.
MANFAATKAN: Fatimah (dua kanan) menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran di Jalan Tiong Hua, Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia