Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar seru warga Sibu tidak lalai perangi COVID-19

-

SIBU: Penduduk di sini diseru supaya tidak lalai dalam memerangi pandemik COVID-19.

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee berkata, walaupun kes di sini ada menunjukka­n keredaan sedikit tidak bermakna segala prosedur operasi standard (SOP) tidak dipatuhi.

“Jangan disebabkan kes kita dalam lingkungan 30 ke 50 lebih kes dalam sehari sejak kebelakang­an ini, kita beranggapa­n Sibu sudah selamat.

“Apa yang penting, SOP hendaklah terus dipatuhi agar usaha memerangin­ya berjaya kelak,” katanya ketika mengemas kini kes harian COVID-19 bahagian Sibu di laman sosialnya, petang semalam.

Beliau menunjukka­n bahawa usaha untuk melawan COVID-19 ini harus diteruskan dan jangan lalai.

Dr Annuar yang juga Menteri Muda Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, buat masa ini warga Sibu hendaklah mengelakka­n sebarang aktiviti sosial.

“Diharap usaha kita lebih tiga bulan melawan wabak ini tidak sia-sia begitu sahaja. Kerjasama orang ramai masih diperlukan.

“Kalau boleh kita tidak mahu wujud lagi klusterklu­ster baharu,” ujarnya yang juga Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi.

Dalam perkembang­an lain katanya, Kluster Sanyan kini telah merekodkan sebanyak 144 kes positif di mana ia terjadi di tempat kerja.

Justeru, beliau menasihati semua pekerja tidak kira sektor swasta mahupun awam agar terus mematuhi SOP bagi mengelakka­n kewujudan kluster di tempat-tempat kerja.

Begitu juga Kluster Bulatan Aman katanya, yang berlaku di tempat kerja yang merekodkan 81 kes positif setakat ini.

Sementara itu, Dr Annuar memberitah­u, setakat ini JPBBS telah mengenakan ‘lockdown’ di 148 rumah panjang di mana 141 daripadany­a sudah ditamatkan manakala tujuh lagi masih dijalankan.

Sibu semalam katanya, mencatat 39 kes COVID19 di mana 35 daripadany­a berlaku di kawasan seliaan Majlis Perbandara­n Sibu (MPS), tiga kes di kawasan Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) dan satu kes di Sibu Jaya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka itu bagaimanap­un memberitah­u bahawa kes-kes di Sibu ketika ini tidaklah begitu membimbang­kan berbanding kawasan lain tetapi tidak boleh lalai.

“Pada dua tiga minggu lalu kes ada penurunan namun perjalanan Sibu masih jauh lagi untuk bertukar zon.

“Apa yang penting ketika ini, teruskan mematuhi SOP yang telah ditetapkan,” tambahnya.

 ??  ?? PANTAS: Dr Annuar ketika mengemas kini kes COVID-19 di laman sosialnya petang semalam.
PANTAS: Dr Annuar ketika mengemas kini kes COVID-19 di laman sosialnya petang semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia