Utusan Borneo (Sarawak)

Kebakaran kejutkan warga SMK Tabuan Jaya

-

KUCHING: Sesi persekolah­an warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tabuan Jaya yang baru bermula semalam dikejutkan dengan insiden kebakaran melibatkan pendingin hawa di bilik mesyuarat sekolah berkenaan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 10.38 pagi sebelum menggerakk­an pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya ke lokasi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran berlaku di bilik mesyuarat di SMK Tabuan Jaya yang mana cuma melibatkan pendingin hawa di bilik tersebut,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelasnya, kebakaran tidak melibatkan struktur bangunan cuma kerosakan dinding akibat jelaga.

Tambahnya, anggaran kerosakan cuma lima peratus.

Punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

 ??  ?? PERIKSA: Bomba memeriksa keadaan di bilik mesyuarat sekolah berkenaan bagi memastikan api padam sepenuhnya.
PERIKSA: Bomba memeriksa keadaan di bilik mesyuarat sekolah berkenaan bagi memastikan api padam sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia