Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak mencatat 225 kes baharu COVID-19 semalam

-

KUCHING: Jumlah kes harian baharu COVID-19 di Sarawak adalah 225 kes semalam sekali gus menjadikan angka keseluruha­n kini sebanyak 17,779.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi satu kenyataan berkata, daerah Bintulu dan Samarahan masing-masing merekodkan 43 kes.

Manakala Sibu (39), Miri (24), Julau (12), Sebauh (10), Kuching (7), Kapit (7), Sarikei (7), Beluru (7), Matu (6), Meradong (6), Saratok (5), Serian (3), Song (3), Lubok Antu (2) dan Kanowit (1).

“Daripada 225 kes baharu yang dilaporkan, seramai 32 orang telah menunjukka­n tanda dan mengalami gejala jangkitan COVID-19 semasa saringan dijalankan.

“Manakala seramai 190 orang kes atau yang dikesan adalah terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan,” katanya sambil menambah, jumlah kematian di Sarawak kekal 144 kes.

JPBNS turut memaklumka­n terdapat 238 kes baharu yang pulih dan dibenarkan discaj semalam.

“Mereka yang telah pulih dan dibenarkan discaj adalah dari Hospital Bintulu (59), Hospital Sibu (48), Hospital Miri (38), Hospital Umum Sarawak (34), Hospital Sarikei (24), PKRC Serian (16), PKRC di bawah Hospital Kapit (7), PKRC di bawah Hospital Sri Aman (5), PKRC di bawah Hospital Mukah (5) dan PKRC Betong (2).

“Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes positif COVID-19 yang pulih atau dibenarkan discaj meningkat kepada 14,701 orang daripada jumlah keseluruha­n kes COVID-19 di Sarawak,”katanya.

Menurutnya, jumlah kes aktif yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital mengikut hospital rujukan adalah seramai 2,904 orang.

“Manakala 225 individu disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan tiada PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia