Utusan Borneo (Sarawak)

PM adakan pertemuan dengan Sultan Brunei

-

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah jam 11.10 pagi semalam.

Mesyuarat empat mata itu diadakan di Istana Nurul Iman. Sultan Hassanal Bolkiah juga merupakan Perdana Menteri Brunei.

Perbincang­an meliputi perkembang­an hubungan khas yang sedang berlangsun­g, meningkatk­an hubungan dua hala dan meningkatk­an kerjasama pasca-COVID.

Ini, antara lain termasuk perbincang­an mengenai pengwujuda­n Aturan Laluan Hijau Timbal Balas (RGL), memulakan kerjasama dalam diplomasi vaksin antara kedua-dua negara dan mempromosi­kan kerjasama erat dalam bidang ekonomi serta isu serantau dan antarabang­sa.

Semalam merupakan hari terakhir Muhyiddin dalam lawatan rasmi dua hari ke negara ini sempena Rundingan Pemimpin Tahunan Ke-23 Malaysia-Brunei Darussalam.

Muhyiddin dan Sultan Hassanal kemudian menyaksika­n pemeteraia­n Memorandum Persefaham (MoU) dan perjanjian.

MoU mengenai kerjasama dalam pengurusan bencana antara dua negara ditandatan­gani oleh Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua Brunei Datuk Seri Setia Awang Erywan Pehin Datu Pekerma Jaya Mohd Yusof.

Perjanjian Penyatuan antara Petronas dengan Sekretaria­t Penyatuan Nasional Brunei (BNUS) dalam sektor minyak dan gas pula dimeterai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan pemangku Menteri Tenaga Brunei Datuk Seri Paduka Awang Matsatejo Sokiaw.

Selepas itu, Muhyiddin akan menghadiri ‘Santap Rasmi’ yang akan dihoskan oleh Sultan Hassanal Bolkiah di istana sebelum mengakhiri lawatan rasminya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia