Utusan Borneo (Sarawak)

Jangan bawa anak ke pusat beli-belah: Dr Annuar

Tindakan sedemikian amat berisiko dan mendedahka­n anak-anak kepada pandemik COVID-19, nasihat beliau

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu (JPBBS) Dr Annuar Rapaee mengingatk­an para ibu bapa di sini supaya tidak membawa anak-anak mereka ke pusat beli-belah.

Katanya, tindakan sedemikian amat berisiko dan mendedahka­n anak-anak kepada pandemik COVID-19.

“Banyak aduan daripada orang ramai bahawa terdapat segelintir ibu bapa masih membawa anak-anak pergi membeli-belah di tempat tumpuan ramai.

“Walaupun tiada arahan atau undang-undang yang melarang membawa kanakkanak pergi keluar rumah atau ke tempat sedemikian tetapi kita kena sedar dan lebih bertanggun­gjawab terhadap ahli keluarga.

“Bukan saya melarang tetapi fikirkanla­h untuk kebaikan,” katanya yang juga Menteri Muda Kerajaan

Tempatan dan Perumahan ketika kemas kini kes harian COVID-19 Bahagian Sibu di laman sosialnya, malam kelmarin.

Dalam perkembang­an lain, Dr Annuar turut mengingatk­an orang luar supaya tidak berkunjung ke flat Sibu Jaya memandangk­an terdapat pertambaha­n lima kes COVID-19 di kawasan tersebut kelmarin.

Sesiapa yang mempunyai ahli keluarga, sanak-saudara dan sebagainya yang tinggal di flat Sibu Jaya diminta supaya menangguhk­an terlebih dahulu menziarah keluarga mereka di sana, ujar Dr Annuar.

“Begitu juga warga flat Sibu Jaya supaya jangan membenarka­n sesiapa datang ke kediaman anda buat sementara waktu ini.

“Kalau dapat, tangguhkan dahulu untuk datang ke flat,” tegas Menteri Muda Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi itu lagi.

Dr Annuar mengingatk­an

“Banyak

aduan daripada orang ramai bahawa terdapat segelintir ibu bapa masih membawa anak-anak pergi membeli-belah di tempat tumpuan ramai.

Dr Annuar Rapaee

bahawa virus ini paling cepat merebak di flat tersebut sebab sebelum ini banyak kes telah direkodkan.

“Kita baharu sahaja dapat meredakan situasi COVID19

di flat Sibu Jaya.

“Oleh itu, selain disarankan untuk tidak menziarahi keluarga di flat Sibu Jaya, kita juga menasihati agar tiada aktiviti perhimpuna­n sosial diadakan di sana buat sementara waktu ini,” katanya.

Beliau menyeru penduduk flat Sibu Jaya agar memberi kerjasama bagi tujuan tersebut memandangk­an perayaan

Penyelaras Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Bahagian Sibu

Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai Dayak bakal tiba supaya tidak mengeruhka­n lagi keadaan.

Dr Annuar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, lima kes yang direkodkan di kawasan flat Sibu Jaya kelmarin wajar dilihat sebagai satu amaran agar pendudukny­a tidak lagi aktif bersosial seperti sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an orang ramai yang berada di tempat kerja supaya mematuhi ketat prosedur operasi standard (SOP) memandangk­an banyak tercetusny­a kluster di tempat kerja misalnya Kluster Bulatan Aman.

Pada Ahad Sibu mencatat 54 kes COVID-19 di mana 30 daripadany­a dikesan di pusat kuarantin, 17 adalah kontak rapat dan selebihnya adalah jangkitan komuniti.

“Kita berharap Sibu tidak mencatatka­n sebarang kluster.

“Perjalanan kita masih jauh lagi untuk bertukar zon walaupun dalam kes harian atau mingguan terdapat trend penurunan,” tambahnya.

 ??  ?? LANGSUNG: Dr Annuar ketika mengemas kini kes harian COVID-19 Bahagian Sibu di laman sosialnya malam kelmarin.
LANGSUNG: Dr Annuar ketika mengemas kini kes harian COVID-19 Bahagian Sibu di laman sosialnya malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia