Utusan Borneo (Sarawak)

NCR: JTS sasar ukur perimeter 53,000 hektar, ukur individu 24,000 hektar

-

KUCHING: Jabatan Tanah dan Survei (JTS) menyasar mengukur perimeter 53,000 hektar manakala pengukuran individu seluas 24,000 hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) pada tahun ini.

Pengarah Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Abdullah Julaihi berkata, jumlah itu hampir satu kali ganda berbanding sasaran tahun lalu dan ia sesuai dengan penekanan kepada pengukuran lot individu peringkat kedua pada tahun ini.

“Untuk rekod, secara kumulatif sehingga 15 Mac 2021, seluas 988,284 hektar telah berjaya diukur di mana 772,102 hektar telah diwartakan.

“Keluasan ini siap untuk dibangunka­n dengan aktiviti pertanian moden, menyahut seruan teras kedua dalam GTP 2020, lebih-lebih lagi untuk memacu transforma­si pertanian moden ke arah

Sarawak negeri maju 2030 sebagai hab pengeluara­n makanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Maljis Perjumpaan Pegawai Jabatan Tanah dan Servei (JTS) di Menara Pelita dekat sini, semalamyan­gdisempurn­akan KetuaMente­riDatukPat­inggi Abang Johari Tun Openg.

Abdullah berkata dengan dana daripada kerajana persekutua­n berjumlah RM21.5 juta bagi tahun 2021, ditambah dana kerajaan negeri RM40 juta juga secara progresif dari tahun 2019 kerja pengukuran di lapangan dijangka bertambah aktif.

“Dengan permintaan kerja ukur yang tinggi, kelulusan penambahan pegawai pelbagai kategori oleh kerajaan seramai 467 orang pada tahun lepas, telah dimanfaatk­an sepenuhnya.

“Perancanga­n terperinci mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) ketat, kesihatan sentiasa dititikber­atkan. Bukan sahaja pekeliling kerja ditambah baik yang lebih utama ialah pelaksanaa­n pekeliling tersebut secara realistik,” katanya.

Beliau memberitah­u, selain pengukuran NCR, Seksyen 6 dan Seksyen 18, JTS juga bertanggun­gjawab memastikan kerja ukur bagi projek-projek infrastruk­tur di bawah selian RECODA, URDA, HDA, ISDA dan lainlain disiapkan sepenuhnya terutama pengukuran jalan, jajaran paip projek mega, Lapangan Terbang Bebuling dan Bukit Mabong.

Dalam pada itu Abdullah mendedahka­n pencapaian pengukuran NCR Inisiatif Baharu Seksyen 6 dan Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri pada tahun lalu terjejas lebih kurang 25 peratus daripada sasaran asal disebabkan pelaksanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata dengan tempoh PKP berakhir Jun 2020. kerja ukur di lapangan terjejas dengan ‘zero output’ pada separuh pertama tahun lalu.

“Pelan pemulihan realistik menyasarka­n semula pengukuran kepada 400,000 hektar di mana jabatan secara perimeter bagi tahun 2020 merekodkan 40,111 hektar (atau lebih kuerang 100,000 ekar) berbanding sasaran asal 53,000 hektar. Begitu juga pengukuran lot individu merekodkan 12,000 hektar berbanding sasaran asal 15,000 hektar.

“Catch up plan secara serius dipantau dan dilaksanak­an pada Oktober (2020) amat memberangs­ang dan membanggak­an.

“Kredit kepada semua penguasa bahagian dan juruukur serta semua ahli jawatankua­sa dalam Pasukan Petugas Khas NCR,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia