Utusan Borneo (Sarawak)

DBKU perkenalka­n Pagi Tanpa Kenderaan 2021 mulai 4 April

-

KUCHING: Orang ramai berpeluang menjalanka­n aktiviti riadah bersama keluarga seperti berbasikal atau berjoging tanpa perlu risau dengan keselamata­n di jalan raya.

Bermula 4 April, Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) memperkena­lkan Pagi Tanpa Kenderaan atau Car Free Morning 2021.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan DBKU Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, program itu diadakan pada hari Ahad, minggu pertama setiap bulan di Padang Merdeka.

Menurutnya, sepanjang program berlangsun­g, beberapa jalan utama menuju ke Padang Merdeka ditutup dari jam 6 hingga 10 pagi bagi menyediaka­n persekitar­an selamat untuk aktiviti masyarakat.

“Objektif program ini untuk mengurangk­an kadar pelepasan karbon dan kesesakan lalu lintas.

“Program juga diadakan untuk mempromosi gaya hidup sihat, meningkatk­an kesedaran tentang kepentinga­n menjaga alam sekitar dan menyediaka­n ruang untuk aktiviti masyarakat,” katanya.

Program yang pertama kali diadakan itu turut dihadiri Datuk Bandar DBKU Datu Junaidi Reduan, Ketua Polis Daerah Kuching ACP Awang Din Awang Gani dan Presiden Persatuan Berbasikal Sarawak Datuk Benjamin Hasbie.

 ??  ?? GAYA HIDUP SIHAT: Dr Abdul Rahman merakam kenangan semasa menyertai Car Free Morning 2021 di Kuching kelmarin.
GAYA HIDUP SIHAT: Dr Abdul Rahman merakam kenangan semasa menyertai Car Free Morning 2021 di Kuching kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia