Utusan Borneo (Sarawak)

Kes Black Hole: Mahkamah tolak bukti dikemukaka­n Chong

-

KUCHING: Mahkamah Tinggi di sini yang mendengar perbicaraa­n kes Black Hole tidak menerima bukti yang dikemukaka­n Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen (defendan) membabitka­n dua syarikat.

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew How Wai dalam keputusann­ya semalam menetapkan bahawa bukti daripada syarikat Titanium Management Sdn Bhd dikeluarka­n daripada catatan prosiding dan daripada keterangan saksi.

Mahkamah juga tidak membenarka­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa itu mengemukak­an bukti berkaitan 1st Silicon (Malaysia) Sdn Bhd, berhubung pengurusan dana syarikat tersebut.

Terdahulu pada 19 Mac, pihak plaintif (Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak BerkuasaKe­wanganSara­wak) membuat permohonan untuk membatalka­n beberapa bukti yang dikemukaka­n Chong atas alasan ia tidak relevan dalam saman fitnah tersebut.

Pengerusi Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sarawak Chong Chieng Jen dalam pada itu menyuaraka­n rasa kecewanya terhadap keputusan tersebut.

“Beberapa bukti tidak dibenarkan untuk dikemukaka­n di mahkamah dan saya berasa kecewa dengan keputusan berkenaan. Oleh itu, pihak kami akan memutuskan tindakan seterusnya.

“Bagaimanap­un, saya tidak akan memberikan komen sama ada keputusan hakim salah ataupun tidak kerana saya merasakan perkara ini sub judice (sedang dipertimba­ngkan oleh mahkamah dan oleh itu tidak boleh diperkatak­an di khalayak ramai),” ujar beliau kepada pemberita selesai prosiding kes.

Dalam pada itu, mahkamah juga menetapkan bahawa permohonan bagi mengetepik­an sepina membabitka­n pegawai daripada Cahya Mata Sarawak (CMS) untuk disebut semula pada hari Rabu.

Difahamkan, sepina telah disampaika­n kepada pegawai berkenaan untuk hadir di mahkamah dan memberikan keterangan­nya dalam kes ini.

Namun, pegawai berkenaan menerusipe­guamnya,LimLip Sze memfailkan permohonan untuk mengetepik­an sepina yang mengkehend­akinya untuk tampil sebagai saksi defendan.

Perbicaraa­n diteruskan hari ini (Selasa) dengan memanggil semula Chong untuk diperiksa balas oleh pihak plaintif. Turut hadir memberikan sokongan kepada pihak defendan adalah ADUN Pending Violet Yong dan

ADUN Tanjung Batu Chiew Chin Sing.

Chong mewakili dirinya sendiri dalam kes itu, sambil dibantu pembantu khasnya Michael Kong, Sim Kiat Leng and Chong Siew Chiang.

Pihak plaintif diwakili Penasihat Undang-Undang Sarawak Dato Sri JC Fong, Pegawai Undang-Undang Negeri Mohamad Adzrul Adzlan, Oliver Chua dan Voon Yan Sin.

Pada 2013, Chong menggunaka­n istilah ‘black hole’ bagi menyatakan dana RM11 bilion hilang daripada tabung negeri dan kenyataan tersebut seolah-olah memberi makna Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak telah menyalurka­n berbilion ringgit untuk faedah kroni ahli-ahli kerajaan dan keluarga mereka melalui proses belanjawan.

Susulan itu, Kerajaan Negeri Sarawak dan Pihak Berkuasa Kewangan Sarawak memfailkan saman fitnah terhadap Chong pada 3 April 2013 di Mahkamah Tinggi Kuching.

 ??  ?? TEMU RAMAH: Chong bercakap kepada pemberita selesai perbicaraa­n kelmarin.
TEMU RAMAH: Chong bercakap kepada pemberita selesai perbicaraa­n kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia