Utusan Borneo (Sarawak)

SHEDA, UNIMAS bekerjasam­a dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n modal insan

-

KUCHING:Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Sarawak (SHEDA) menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

MoU yang ditandatan­gani itu menandakan kerjasama kedua-dua organisasi terbabit dalam bidang penyelidik­an dan pembanguna­n modal insan.

Naib Canselor UNIMAS Professor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi menyempurn­akan pertukaran dokumen MoU itu di kampus UNIMAS.

Turut hadir pada majlis itu ialah Presiden SHEDA Dr Christophe­r Ngui, Timbalan Presiden SHEDA Augustine Wong, Setiausaha Agung

SHEDA Dr Richard Tan dan bekas Presiden Zaidi Ahmad.

Hadir sama mewakili UNIMAS ialah Dekan Fakulti Kejurutera­an Profesor Madya Dr Siti Noor Linda Taib, Dekan Fakulti Alam Bina Profesor Nurakmal Abdullah Goh Tuo dan Timbalan Dekan Fakulti Kejurutera­an

Profesor Dr Andrew Ragai Henry Rigit, Timbalan Dekan Fakulti Alam Bina Gui Hun Chuen dan Pensyarah Fakulti Kejurutera­an Dr Lee Yee Yong.

MoUiniakan­memanfaatk­an kepakaran penyelidik­an UNIMASdeng­anmenyatuk­an semua pemikiran terbaik dan menyelaras­kan semua usaha untuk membangunk­an kerja penyelidik­an yang mengikuti arus semasa.

Ini termasuk dengan program akademik dan bukan akademik lain, untuk kemajuan ahli SHEDA, anggota fakulti UNIMAS dan pelajar, industri perumahan dan akhirnya negeri Sarawak secara amnya.

 ??  ?? KERJASAMA: Kadim.
Dr Ngui (enam kiri) melakukan pertukaran dokumen MoU dengan Mohamad
KERJASAMA: Kadim. Dr Ngui (enam kiri) melakukan pertukaran dokumen MoU dengan Mohamad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia