Utusan Borneo (Sarawak)

PBDS Baru minta angkat Mahkamah Adat setaraf dengan Mahkamah Sivil

-

MIRI: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) meminta kerajaan negeri supaya mengangkat Mahkamah Adat setaraf dengan Mahkamah Sivil seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Presidenny­a Bobby William berkata, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg harus menunaikan kata-katanya membuktika­n kepada rakyat bahawa janji itu bukan semata-mata dibuat untuk meraih undi pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Apakah kerajaan negeri mempertaha­nkan status quo Mahkamah Adat atau menaikkan tarafnya agar setara dengan Mahkamah Sivil?

“Ketua Menteri berkalikal­i menyatakan isu itu sebagaiman­a disiarkan di media tempatan bahawa kerajaan negeri menaik taraf Mahkamah Adat, meningkatk­an kecekapan menangani perkara-perkara berkaitan tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dan isuisu lain masyarakat peribumi,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Bobby memberitah­um PBDS Baru juga berharap agar apa yang dikatakan Abang Johari semasa lawatannya ke jambatan Nanga Mujung di Kapit pada 5 Oktober tahun lalu dapat dipenuhi.

“PBDS Baru berharap janji-janji seperti itu bukan sekadar retorik politik sebagai umpan memperoleh undi kaum Dayak untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) memandangk­an Pilihan Raya Negeri tidak lama lagi,” jelas beliau.

AbangJohar­isemasalaw­atan ke Nanga Mujung berkata kerajaan negeri menaik taraf Mahkamah Adat setaraf dengan Mahkamah Sivil dalam menangani perkaraper­kara berkaitan tanah NCR dan isu-isu lain yang mempengaru­hi masyarakat peribumi negeri ini.

“PBDS Baru ingin menekankan bahawa undang-undang asal harus diperkukuh­kan untuk memenuhi keperluan masyarakat dengan lebih baik.

“Sukatan pelajaran di Mahkamah Adat juga boleh diperkenal­kan di universiti tempatan membolehka­n generasi muda belajar dan mengetahui lebih banyak mengenai undang-undang adat asal penduduk peribumi atau tempatan di negeri ini,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, beliau menegaskan parti itu kini berusaha menerjemah­kan Kanun Tanah Sarawak 1958 ke dalam bahasa Melayu dan dialek etnik tempatan iaitu Iban, Kenyah, Kayan dan Bidayuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia