Utusan Borneo (Sarawak)

Pengisytih­aran Sarawak sebagai wilayah belum diperjelas

Apakah signifikan sebenar kepada Sarawak apabila diisytihar wilayah oleh PM baru-baru ini, persoal Baru

-

Apakah yang bakal berubah dengan pengisytih­aran ini? Paling penting, apakah status kita dalam Persekutua­n? Adakah beliau (Muhyiddin) mengiktira­f status pra-1976 kita (Sarawak) atau adakah beliau memberi kita status

” baharu, masih belum diperjelas­kan?

KUCHING: Ahli Parlimen Selangau Baru Bian mempersoal­kan signifikan sebenar kepada Sarawak apabila ia diisytihar sebagai wilayah atau ‘region’ oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa lawatan kerjanya ke negeri ini baru-baru ini.

Muhyiddin semasa berucap pada satu majlis itu merujuk Sarawak sebagai wilayah dan bukan sekadar sebuah negeri di Malaysia.

“Apakah yang bakal berubah dengan pengisytih­aran ini? Paling penting, apakah status kita dalam Persekutua­n? Adakah beliau (Muhyiddin) mengiktira­f status pra1976 kita (Sarawak) atau adakah beliau memberi kita status baharu, masih belum diperjelas­kan?

“Ia seperti beliau telah memberi nama baharu kepada kita (Sarawak) sebagai ‘wilayah’ tetapi status kita masih sebagai salah satu negeri dalam Persekutua­n Malaysia,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Menurut Baru yang juga Ahli Majlis Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB), rakyat negeri ini mahu tahu apa yang telah dilakukan oleh tiga jawatankua­sa kerja dalam Majlis Khas Perikatan Nasional (PN) mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sejak ia ditubuhkan.

Beliau berkata semasa kerajaan terdahulu di bawah Pakatan Harapan (PH), 17 isu berjaya diselesaik­an dan kini tinggal empat isu utama perlu diselesaik­an menerusi rundingan antara Perdana Menteri dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak.

Baru berkata inilah masa terbaik untuk Sarawak dan Sabahmenun­tutsemuaha­knya di bawah MA63 termasuk menaikkan royalti minyak, tidak hanya dihadkan kepada 20 peratus memandangk­an Gabungan Parti Sarawak (GPS)menyokongM­uhyiddin menjadi Perdana Menteri dan GPS rakan dalam gabungan PN.

“Royalti minyak, saya percaya salah satu daripada empat isu yang masih belum diselesaik­an, perlu dibincangk­an secara langsung dengan Ketua Menteri Sarawak dan Sabah.

“Bagi Sarawak, sehingga kini, jawatankua­sa negeri belum mendedahka­n kepada rakyat Sarawak mengenai kajian mereka hasil ‘lawatan’ ke London pada 2017.

“Apakah pengesyora­n dan strategi pasukan perudangan bagi menegas serta menuntut kembali hak-hak kita yang telah hilang bertahun-tahun?, soalnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ba’ Kelalan itu mendakwa pada 2019 kerajaan PH mengusulka­n pindaan ke atas Perkara 1(2) Perlembaga­an Persekutua­n dibuat bagi mengembali­kan kata-kata asal adalah peluang terbaik mengembali­kan status Sarawak dan Sabah tetapi

Baru Bian

usaha itu digagalkan oleh GPS.

Beliau menambah, Muhyiddint­idakmenawa­rkan apa-apa apabila menggelar Sarawak sebagai wilayah.

“Biar beliau mengisytih­arkan status kita

Ahli Parlimen Selangau

sebagai negeri yang autonomi dan memberi kita apa yang benar-benar milik kita, jika beliau ikhlas,” ujarnya.

Baru juga bertanya, adakah rakyat Sarawak boleh mempercaya­i Perdana Menteri dan GPS kali ini.

“Saya percaya rakyat Sarawak cukup matang dalam politik dan menyedari ‘bicara kosong’, kebiasaan bagi pemimpin PN. Tindakan lebih berkesan berbanding kata-kata. Wilayah, negeri, apa bezanya?” soalnya lagi.

 ??  ?? BARU
BARU

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia