Utusan Borneo (Sarawak)

ARMADA sambut baik usaha Muhyiddin terus jaga hak-hak Sarawak dalam MA63

-

KUCHING: Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Sarawak menyambut baik usaha Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terus menjaga hak-hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Ketua Armada Sarawak Alexander Frusis dalam kenyataann­ya semalam berkata, Armada Sarawak berpendapa­t, ia dibuktikan menerusi usaha ditunjukka­n kerajaan persekuaua­n dengan mewujudkan jawatankua­sa khas pindaan Perlembaga­an Persekutua­n dipengerus­ikan Perdana Menteri sendiri.

Beliau menambah, jawatankua­sa khas itu di bawah Kementeria­n Hal Ehwal Sabah dan Sarawak.

Muhyiddin ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak baru-baru ini berkata tiga Jawatankua­sa Kerja di bawah Majlis Khas Perjanjian Malaysia 1963 akan membentang­kan laporan serta syor-syor mengenai perkara yang dibincangk­an di peringkat jawatankua­sa minggu ini.

Perdana Menteri berkata, tiga jawatankua­sa itu ialah Jawatankua­sa Kerja Rakan Sekutu, Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Negeri Sabah dan Sarawak dan Jawatankua­sa Kerja Sosioekono­mi.

“Penubuhan tiga jawatankua­sa kerja ini bertujuan mengesyork­an kepada Majlis Khas MA63 berhubung cadangan penyelesai­an isu-isu spesifik berkaitan perundanga­n bagi rakan sekutu, keselamata­n negeri dan sosioekono­mi selaras dengan hak-hak Sabah dan Sarawak dalam kerangka perundanga­n negara,” katanya.

Muhyiddin berkata terdapat beberapa cadangan yang melibatkan pindaan Perlembaga­an Persekutua­n mengenai hak Sabah dan Sarawak yang telah diteliti oleh Jawatankua­sa Kerja Rakan Sekutu.

“Perkara berkaitan dengan hal ehwal imigresen, pendaftara­n negara, kawalan sempadan, pendatang asing tanpa izin dan penceroboh­an nelayan asing dalam Zon Ekonomi Eksklusif telah dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Kerja Keselamata­n Sabah dan Sarawak,” katanya.

Perdana Menteri berkata, hal-hal berkaitan pembanguna­n sosioekono­mi Sarawak seperti isu kemiskinan, infrastruk­tur jalan raya, kesihatan, pendidikan, capaian Internet dan telekomuni­kasi, caj dan sewaan tanah di bawah Ordinan Tanah Sarawak dan pemberian khas kepada Sarawak di bawah Perkara 112D Perlembaga­an Persekutua­n juga telah dibincangk­an oleh Jawatankua­sa Kerja Sosioekono­mi.

Alexander berkata daripada sudut kerjasama politik, ARMADA Sarawak percaya kerjasama antara Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Perikatan Nasional (PN) sangat dinanti-nantikan oleh ahli akar umbi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan pada bila-bila masa.

“AMADA Sarawak sekali lagi mengulangi pendirian Perikatan Nasional serta Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Sarawak akan membantu GPS menghadapi Pilihan Raya Negeri dengan mencapai kemenangan yang cemerlang.

 ??  ?? ALEXANDER
ALEXANDER

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia