Utusan Borneo (Sarawak)

Ordinan Referendum lindungi rakyat daripada dieksploit­asi: S4S

-

MIRI: Rakyat Sarawak harus meningkatk­an kefahaman mereka tentang kepentinga­n pelaksanaa­n Ordinan Referendum sebagai benteng daripada menjadi mangsa kuasa eksploitas­i.

Jurucakap pergerakan Sarawak for Sarawakian (S4S) Erick Chin berkata, ini termasuk meninggalk­an kuasa politik dan kerajaan yang hanya berfungsi mengaut keuntungan daripada sumber dan hasil negeri.

“Hanyamelal­uipelaksan­aan Ordinan Referendum benar-benar dapat mengembali­kan kuasa rakyat dan membentuk jaringan perlindung­an alternatif untuk mempertaha­nkan hak asasi rakyat dan dilindungi daripada sebarang pengaruh atau kuasa politik,” jelasnya.

Erick memberitah­u, usaha S4S meningkatk­an kesedaran rakyat negeri ini tentang Ordinan Referendum bermula sejak 2012.

Beliau menyifatka­n ordinan sebagai ‘firewall’ atau tembok api dan undang-undang telus mengembali­kan pemerintah­an kepada rakyat.

“Rakyatsuda­hbosandeng­an permainan politik yang seperti tiada kesudahan.

“Mereka seperti lupa yang mereka dipilih oleh rakyat.

“Ini (kepentinga­n politik) harus dihentikan,” tegasnya.

Mengulas tentang jaminan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Chin berkata, pindaan terhadap Perlembaga­an Persekutua­n harus segera dilaksanak­an untuk mengembali­kan semula hak-hak negeri yang semakin terhakis.

Ketika lawatan di ibu negeri dua hari lalu, Muhyiddin memberi jaminan hak-hak Sarawak akan terus dilindungi berlandask­an Perlembaga­an Persekutua­n.

Komitmen dizahirkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) menerusi penubuhan portfolio khusus di bawah Hal Ehwal Sabah dan Sarawak serta penubuhan Majlis Khas mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Hanya pelaksanaa­n Ordinan Referendum, perkara yang paling penting adalah mengembali­kan kuasa kepada rakyat dan adalah perkara paling penting untuk diserahkan kepada rakyat Sarawak untuk memutuskan sama ada akan kekal atau tinggalkan,” tegasnya.

 ??  ?? ERICK
ERICK

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia