Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi sumbangan bakul makanan untuk warga Kampung Baji

-

SARIKEI: Penduduk Kampung Baji yang telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat­kan (PKPD) terus menerima sumbangan bakul makanan daripada pelbagai pihak.

Kali ini dalam usaha meringanka­n beban penduduk di kawasan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok Dato Sri Huang Tiong Sii tampil menghulurk­an bakul makanan.

“Sejumlah 85 bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk pada program kali ini.

“Kesemua barangan sumbangan telah dibungkus terlebih dahulu sebelum dihantar ke pondok kawalan di hadapan Masjid AlMuttaqin bagi memudahkan proses penghantar­an kepada penduduk.

“Aktiviti ini diuruskan sepenuhnya pihak Pusat Khidmat N45 Repok dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain,” katanya ketika melakukan tinjauan program pengagihan bantuan tersebut di sini, semalam.

Antara makanan yang dihantar termasuk beras, gula, minyak masak, mi segera, telur, Milo, garam, teh dan tepung.

Pada masa yang sama, Huang mengingatk­an masyarakat di kawasan terbabit amnya agar bersabar dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan serta memberi kerjasama kepada para petugas barisan hadapan.

Kata Huang lagi, langkah ini amat penting dalam memastikan usaha kerajaan memutuskan rantaian pandemik COVID-19 dapat direalisas­ikan dengan berkesan.

Hadir sama mewakili para penerima bantuan ialah Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Repok Mathias Raya Genam.

 ??  ?? HULUR BANTUAN: Kakitangan Pusat Khidmat N45 Repok dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain menyiapkan bantuan bakul makanan untuk penduduk Kampung Baji yang dikenakan PKPD.
HULUR BANTUAN: Kakitangan Pusat Khidmat N45 Repok dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan yang lain menyiapkan bantuan bakul makanan untuk penduduk Kampung Baji yang dikenakan PKPD.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia