Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar kembali ke sekolah, terap norma baharu

Sesi persekolah­an bersemuka di SMK Kota Samarahan dibahagika­n kepada dua sesi iaitu pagi dan petang

- Oleh Rusnan Mustafa

KOTA SAMARAHAN: Setelah hampir setahun melaksanak­an Pembelajar­an dan Pemudahcar­aan (PdPc) dalam talian di rumah, akhirnya semua pelajar menengah di Sarawak kembali ke sekolah mulai semalam.

Tinjauan Utusan Borneo di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kota Samarahan di sini mendapati, sesi persekolah­an bersemuka dibahagika­n kepada dua sesi iaitu pagi, seramai 881 pelajar dan petang 1,448 orang, melibatkan keseluruha­n jumlah pelajar 2,329 orang.

Malah, amalan norma baharu turut diterapkan bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika pandemik COVID-19 ini dengan menempatka­n anggota Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (RELA) di pintu masuk sekolah.

Selain itu, para pelajar di sekolah itu dilihat memakai pelitup separuh muka, beratur dengan mengamalka­n penjarakan fizikal, mengimbas

Perasaan bimbang itu memang ada kerana kita di Sarawak tidak terkecuali daripada dilanda wabak COVID-19 ini.

Osman Suni

suhu dan kod QR sebelum masuk ke bilik darjah masing-masing.

Bagi Osman Suni, 51, dari Kampung Tanjung Apong, meskipun ketika pandemik COVID-19, namun dengan SOP yang ditetapkan Majlis Keselamata­n Negara (MKN) dan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) memberikan keyakinan akan keselamata­n anaknya.

“Perasaan bimbang itu memang ada kerana kita di Sarawak tidak terkecuali daripada dilanda wabak COVID-19 ini.

“Tetapi dengan SOP yang telah ditetapkan, saya yakin dengan keselamata­n anak-anak ketika berada di sekolah,” katanya ketika ditemui di SMK Kota Samarahan di sini semalam.

Tambahnya, beliau menyambut baik sesi persekolah­an

Bapa pelajar

bersemuka ini bagi memastikan anak-anak tidak ketinggala­n dalam pelajaran.

“Kalau pembelajar­an dibuat dalam talian anak-anak kurang memberi tumpuan selain kekangan yang dihadapi ibu bapa dalam melaksanak­an perkara ini.

“Jadi saya menyambut baik pelaksanaa­n semula pembelajar­an bersemuka di sekolah ini agar anak-anak dapat memberi tumpuan dan bertanya langsung kepada gurunya,” katanya.

Dalam pada itu, Osman yang mempunyai tiga anak, masing-masing di tingkatan lima, tiga dan tahun dua, memberitah­u bahawa pelaksanaa­n pembelajar­an bersemuka juga mengurangk­an beban ibu bapa daripada golongan yang kurang berkemampu­an selain kawasan yang mempunyai masalah liputan Internet.

“Ada ibu bapa tidak mampu menyediaka­n kemudahan untuk anak-anak mereka seperti telefon pintar atau komputer selain masalah Internet.

“Oleh itu, pembelajar­an bersemuka ini menyelesai­kan masalah yang dihadapi golongan ibu bapa yang kurang mampu ini,” ujarnya.

Sementara itu, seorang pelajar SMK Kota Samarahan, Aizatul Nabila Suhaidi, 14, melahirkan rasa teruja untuk bersua muka dengan rakan-rakan sekelasnya.

“Saya gembira kerana sudah lama tidak belajar bersama rakan-rakan sekelas selain dapat memberi lebih lagi tumpuan ketika belajar,” katanya.

 ??  ?? PATUH: Pelajar SMK Kota Samarahan mengimbas suhu badan sebelum masuk ke sekolah.
PATUH: Pelajar SMK Kota Samarahan mengimbas suhu badan sebelum masuk ke sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia