Utusan Borneo (Sarawak)

Pemampat pendingin hawa terbakar, rumah terselamat

-

MIRI: Sebuah rumah di Taman Shang di sini, terselamat apabila satu pemampat pendingin hawa tiba-tiba terbakar awal pagi Sabtu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kebakaran kira-kira jam 3.39 pagi.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya kira-kira tiga kilometer dari balai sejurus menerima panggilan kecemasan.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati pemampat pendingin hawa mengalami litar pintas sehingga menyebabka­n kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Law berkata, setelah pemeriksaa­n dijalankan berkonsepk­an RECEO, tiada operasi dijalankan kerana api sudah terpadam sendiri.

“Pihak bomba hanya membuat pemeriksaa­n bagi memastikan kebakaran telah padam sepenuhnya,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia